Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 8, 2011

BATAL PERUNTUKAN SURAU KERANA KAWASAN PEMBANGKANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Bongkarrrr..!! Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam..

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.


Juragan : InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah... -karatijau

Note: Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

arus perjuangan said...

itu memang sudah terbukti dari dulu lagi n sampai sekarang hahahah

nunui Joe said...

hate politic!

Anonymous said...

'saya yg menderma tuuuu'' undiler saya pilihan raya nanti yerrr'.....
keh keh keh keh barangkali ituler yg bermain di pala hotak orang yg teringin ambik kesempatan atas derma rahsia pihak lain kih kih kih

on ibrahim said...

alhamdulillah..syukur terhadap Allah kerana masih ad lagi umat islam yang bersedekah untuk tujuan yang amat mulia...

semuga Allah memberkati makhluk Allah tersebut di dunia dan akhirat.

yang tak sedapnya nanti pasti ada orang politik dok gatal turun untuk rasmikan surau tu...dan tak malu cakap itu projek kerajaan dan seterusnya pihak suratkhabar dan tv akan menyiarkan ...ala macam si sahrizat JAHIL yang menyampaikan bantuan banjir milik negeri dan mengaku daripada pusat le..tak caya tanya orang kedah no..

Anonymous said...

tu la umno perangai serupa pelaq,awat duit tu duit umno punya ka yang dia dok kalot

Anonymous said...

Biar la ALLAH yang tahu betapa jahatnya mulut pengerusi surau sementara nie. Pengerusi yang menjaga semua duit surau dan megahihkan kepada penceramah PAS. Dua tahun belanja pentadbiran surau sementara ( luas 20x60 kaki ) rm 19000. Tak ade yang nak tanya ke????? Duit sape tu??????

Anonymous said...

Tak ada siapa yang melarang pembinaan surau nie pun. Pengerusi mula panas bila Dato Husni umumkan nak bagi peruntukan surau rm200000. Dah ada rm300000...bila nak siap????? Masih tak cukup nak beli aksesori surau. Tak mau tanya ke???? Yang nyata takut kalau UMNO buat surau, dia tak dapat jadi pengerusi. terbongkar la rahsia kegunaan wang surau sebelum ni... yangtak tahu cerita jangan nyampuk. Tak kemana pun Islam PAS tu....Ketuk dek cina sikit pun dak tukar nak buat negara kebajikan ala islam.....bila lagi nak haramkan punca maksiat kat Kedah dan Kelantan?????