Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 8, 2011

MENGINGATI MATI

بسم الله الرحمن الرحيم



Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda: ‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisiAllah. Di antara faedah banyak ingat mati ialah:

1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.

2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.

3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.

4. Pendekkan angan-angan dalam perkara melalaikan dari Allah.

Ingatkan mati juga bererti ingat azab kubur dan nikmatnya kerana ia tempat persinggahan pertama selepas mati. Selamat di kubur, di Akhirat lebih mudah. Sengsara di kubur, di Akhirat bertambah berat. Ingatlah tempoh kita berada di alam barzakh jauh lebih lama dari tempoh kita berada di atas dunia.

Khulafa ar-Rashidin-Abu Bakar, Umar, Usman, Ali adalah orang yang biasa menangis di kuburan hingga membasahi janggut. Jiwa mereka lembut tetapi inilah orang yang tegas melaksanakan Islam dan keadilan ketika menjadi khalifah.

Jiwa kita sebaliknya. Tak pernah menangis di kuburan, jiwa kita keras tetapi kita sangat ‘berlembut’ dengan prinsip Islam sendiri sehingga menggadai Islam. - azmieyusoff



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Captain said...

salam,

Baguih la bujang mengingat tentang kematian..cepatlah bertaubat jika terlepas atau terlanjur kata-kata kerana kita manusia selalu buat kesilpan kerana lemah...
sama-sama kita bertaubat sementara sempat..

Jazakallah Khairan,

(Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepadamu)

tura hepy said...

mengingati mati itu perlu....mesti raasa takut w/p0n kdg3 buat gak kesalahan...manusia, xada yg sempurna...t.kasih bujang ingat mengingati itu perlu

shams said...

ya..setuju..
buatlah kebajikan sebagai satu bekalan tak kira masa datang kematian.....

mati itu pasti..
tapi tak tau dtg bile..
siap siaga sentiasa menambahbaikkan diri sebagai persiapan bekalan di sana..

zulkbo said...

salam ziarah anda saudara..
mengingati mati adalah tanda2
orang beriman..dan perlu bagi kita setiap orang islam..hidup pasti mati..