بسم الله الرحمن الرحيم
Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng sedang makan nasi bungkus, menu yang sama juga telah disediakan untuk semua delegasi.. makan disamping delegasi, tanpa meja VIP...
Err.. Najib atau Muhyiddin korang pernah tengok makan macam ni? sepatutnya semua pemimpin wajib bersikap begini. baru lah boleh dikatakan wakil rakyat....berkhidmat untuk rakyat. bukannya rakyat yang menjadi hamba kepada mereka. bukannya bila mereka datang untuk bertemu dengan kita..rakyat bawahan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan mendirikan khemah-khemah berhawa dingin, dibentangkan karpet merah, menyediakan jamuan yang enak-enak yang hanya dilihat oleh rakyat bawahan. mereka datang dengan kereta besar, minyak diisi oleh kerajaan(duit kita rakyat) duduk hotel beribu bintang. kita sebagai rakyat apa yang dapat. dituduhnya kita pengkhianat....kerana apa...kerana membongkarkan penyelewengan yang berlaku didalam felda.
kenapa kita rakyat yang mesti takut dan tunduk pada pemimpin. kenapa kita rakyat mesti patuh pada pemimpin. jawapannya ialah kerana pemimpin itu telah melaksanakan amanat yang rakyat berikan pada mereka. kerana pemimpin itu telah melaksanakan perintah yang telah diturunkan oleh allah dan rasul. meletakan ugama allah pada tempat yang sepatutnya.mengurus negara dengan adil, bersih,telus dan amanah.kita wajib patuh pada pemimpin yang begini. tapi bukan menjadi hamba kepada mereka.kita wajib patuh selagi mereka juga patuh pada perintah allah.tetapi jika sah mereka melanggar dan ingkar pada perintah allah dengan melakukan penindasan,penyelewengan,kezaliman..... yang terang-terang didepan mata hanya pandai membuat kekayaan, bermulut manis, dan menunjukkan kekayaannya ....batang hidung hanya kelihatan di musim-musim pilihanraya sahaja. maka wajib kita tentang mereka dan menjatuhkan mereka.
LGE makan dalam satu majlis dengan pingan tanpa beralas meja
kalau dulu pemimpin-pemimpin Bn kerap kali melaungkan kata-kata bahawa jika negara ini jatuh kepada pembangkang, maka negara akan huru-hara.ingat tak kita kalau dulu bila nak pilihanraya umum maka orang-orang kampung akan membeli keperluan seperti beras,garam dan gula dengan kuantiti yang banyak. takut kalau pembangkang menang akan jadi huru hara. tapi kini terbukti memang BN kaki penipu.....kelantan 20 tahun dibawah PAS tak jadi huru hara pun. Kedah, Selangor dan Pulau Pinang tak jadi apa-apa pun. malah lebih baik lagi jika nak dibandingkan dimasa pemerintahan BN. 53 tahun BN perintah tak rasa air percuma seperti di SElangor dan Pulau Pinang. pendapatan hasil negeri bertambah. bonus pun dapat lebih dari yang Bn boleh bagi.(pulau pinang aje)
LGE menyuap makanan mengunakan tangan di satu majlis berbuka puasa
sudah tiba masanya untuk rakyat berubah. bagi peluang kepada pakatan rakyat PR untuk membuktikan kebolehan mereka untuk merubah hidup rakyat malaysia. untuk mendapat hidup yang lebih terbela. untuk punyai pemimpin yang memimpin rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. yang mempunyai jiwa dan harapan rakyat...... hidup sederhana ....tidak membuat kekayaan untuk diri dan keluarga.......kita tidak akan rugi apa-apa. Jika mereka gagal tunaikan janji mereka maka kuasa ditangan kita..... jatuhkan mereka pada pilihanraya seterusnya....... bukti didepan mata.....lihat negeri-negeri dibawah PR. jangan percaya pada media tali barut..... pergi sendiri melawat mereka.......sempena cuti-cuti malaysia. atau layari laman web kerajaan negeri untuk maklumat sebenar.
Nik aziz makan nasi bungkus di warong tepi jalan
Sudah cukup banyak penyelewengan di depan mata.....PKFZ, KAPAL SELAM SCORPENE, ENJIN F5, PERWAJA STEEL, KHIR TOYO, TAIB MAHMUD,SYABAS, STADIUM GONG BADAK, MASJID KRISTAL, MONSOON CUP, ROYALTI MINYAK KELANTAN DAN TERENGGANU..........BERUBAH LAH RAKYAT MALAYSIA. - pemudacheh
Note: Jika perkara ini membuahkan kesedaran untuk pemimpin-pemimpin umno/bn sudah tentu sedikit hari lagi mereka pakat-pakat makan guna tangan dan makan di warong-warong tepi jalan. Tapi dengan tujuan untuk memancing undi jer la. Kerana selama ini mereka tak buat pun semua ni... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Jangan haraplah UMCO boleh buat mcm gitu, dorang pemimpin gam punk. bezanya umpama langit dgn lubang lendiaq.
terbaik lah gambar tu.! pemimpin yang sederhana
http://dolphinpenguin.blogspot.com/2010/12/undi-syplzzz361-all-bestt.html
plz rakan2...tolong undi sy sebagai bloggers terbaru 2010...plzz....anda semua rakan 2 sy...sy nak capai impian sy..plz....Allahhuakbar!!!sy sokong perjuangan islam untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi....minta saudara tolong promte....Allahhuakbar!!!
respek + tabik spring to LGE!
hidup LGE!
hidup DAP!
hidup Pakatan Rakyat!
Post a Comment