Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, December 18, 2010

MENTERI PULA JADI WAKIL SYABAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketuanan SYABAS : Menteri minta Selangor jangan saman Syabas....agenda BN lindungi SYABAS...!!! ade ape-ape ke...

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

Jika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

"Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor.

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

"Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

"Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras," kata Chin.

Pada Rabulalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air. - Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah.. nak kena saman tau pula takut... Syabas bayar gaji menteri ni untuk jadi jururunding syabas ke ?? Sejak bila pula tugas seorang menteri mempertahankan syarikat swasta ni? kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Puteri said...

pelik tuuuu..
saman je
jangan tak saman
bagi pengajaran sikit
asyik bagi muka je

Anonymous said...

heeeeee cina tu bg petanda dah tuuu. Selangor saman syabus pun nanti syabus menang,syabus saman selangor pun syabus menang... kan syarikat kroni bn, kalu rugi rakyat tanggung,kalu untung... mabuk syabu ler dia orang