بسم الله الرحمن الرحيم
Hakim Syarie pun mintak suapan.. Memang hebat Malaysia sekarang ini...
IPOH 14 Dis. - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie dihukum penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atau penjara 42 bulan selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Bagaimanapun Hassan Basri, 56, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa atas tuduhan rasuah hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana tiga daripada hukuman tersebut berjalan serentak.
Hakim Tan Hooi Leng menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.
"Mahkamah tidak dapat menerima keterangan bahawa bayaran yang diterima oleh tertuduh adalah bayaran hutang kerana ia tidak disokong oleh keterangan saksi, rakaman perbualan, video atau dokumen.
"Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan,'' katanya dalam penghakiman ringkas beliau.
Pertuduhan pertama, Hassan Basri dipenjara tiga tahun dan denda RM15,000 atau penjara tiga bulan kerana meminta suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah.
Ia didakwa sebagai dorongan melepaskan ikat jamin kepada pemilik pub, Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah di Restoran Wawa, Tambun, pukul 8.15 malam, 15 Ogos 2007.
Pertuduhan seterusnya, tertuduh menerima hukuman yang sama kerana menerima wang suapan itu daripada Mohamad Imran dalam sebuah kereta di Taman D.R. Seenivasagam, di sini pada pukul 3.25 petang, 6 September 2007.
Kedua-dua hukuman berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan.
Pertuduhan ketiga pula, Hassan Basri dipenjara lima tahun dan denda RM100,000 atau penjara 20 bulan kerana meminta suapan wang RM20,000 daripada Hor Kit melalui Mohd. Sharif Abdul Ghani bagi mengurangkan hukuman dan memulangkan wang ikat jamin berhubung lima kes jenayah syariah.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Bangunan Menembak Perak, pukul 8.30 malam pada 7 Ogos 2006.
Tuduhan keempat pula, Hassan Basri dihukum penjara lima tahun dan denda RM50,000 atau penjara 10 bulan kerana menerima suapan itu sebanyak RM10,000 daripada Hor Kit.
Hukuman bagi kesalahan ketiga dan keempat berjalan serentak selepas selesai hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Tuduhan kelima, tertuduh dipenjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan kerana meminta suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohammad Asri Abu Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.
Bagi tuduhan keenam, Hassan Basri menerima hukuman yang sama kerana bersetuju menerima suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran bagi mengeluarkan surat perintah kebenaran berkahwin kepada Mohammad Asri untuk membolehkannya berkahwin dengan Nor Farihan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hill City di sini pada pukul 6 petang, 17 Ogos 2007.
Hukuman bagi kesalahan kelima dan keenam berjalan serentak selepas selesai hukuman bagi pertuduhan ketiga dan keempat.
Bagi pertuduhan ketujuh, Hassan Basri dipenjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan kerana bersetuju menerima suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd. Jefri Afandi Ahmad tanpa melalui prosedur yang sah di dalam sebuah kereta bernombor BFN 9060 di tempat letak kereta Taman D.R. Seenivasagam, di sini, pukul 3.20 petang, 6 September 2007.
Hukuman tersebut berjalan secara berasingan dari hukuman-hukuman lain.
Peguam bela T. Shan yang mewakili tertuduh memohon supaya pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.
Hakim Hooi Leng membenarkan permohonan tersebut dan menambah nilai wang ikat jamin kepada RM35,000 iaitu RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Beliau juga memerintahkan Hassan Basri menjelaskan bayaran denda RM210,000 hari ini.
Terdahulu, sebelum dijatuhkan hukuman, Hassan Basri yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini, mencelah meminta kebenaran untuk mengatakan sesuatu.
''Saya minta dilaksanakan keadilan. Semasa kejadian, saya tidak pakai tali pinggang. Macam mana hendak letak duit (tertuduh didakwa oleh saksi meletakkan duit dalam beg pada pinggangnya).
''Pasal poligami, saya hanya mengikut arahan Ketua Hakim Syarie,'' ujarnya.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa meminta Mahkamah mengenakan hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah sangat serius dan telah menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi mahkamah. - Utusan
Balasan makan duit haram
IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.
Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.
Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.
Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah. - kosmo
Note: Hakim Malaysia... Kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
huhuhu... sungguh memalukan apabila hakim brada di kandang prtuduhan..
Sounds like a joke eh. Those who squandered millions and billions got away in Malaysia. Poor Hassan.
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
antara ahli neraka ialah HAKIM yg x adil...
dah termaktub dah...
kalu suap ribu2 ni memangle kena tangkap, cuba suap juta2.. ade tkena? kuiukiukuikiuk...
malaysia oh malaysia
Post a Comment