Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 13, 2010

ISMAIL SABRI NI CIKGU KE MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail



BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Minyak naik harga ni.. jom kita sama-sama menggali telaga minyak untuk menjimatkan perbelanjaan minyak... kah..kah..kah..kah... semua dah tanam tebu ke belum? kalau tak tanam tebu macam mana nak kurangkan kos beli gula? kah..kah..kah.. ikan naik harga kita sama-sama ke laut menahan pukat... kah..kah..kah..kah..

Note: Apa punya bengap la menteri malaysia ni semua. Jadi menteri tapi tak tahu tugas. Macam ni ke jawapan seorang menteri yang bertanggungjawab bila barang naik harga? Kalau macam ni nenek aku pun boleh jadi menteri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ditugaskan untuk membantu rakyat menangani segala macam kenaikkan harga barang yang amat membebankan rakyat. Bukan mengajar rakyat macam mana nak buat pukat sendiri kalau nak makan ikan.

Note: Macam ni punya sengal pun boleh jadi menteri kan. Yer.. Seperti kawan umno aku kata.. Pemimpin-pemimpin umno akan melantik mereka yang bodoh-bodoh untuk menjadi orang bawahannya dengan tujuan si bodoh-bodoh ini hanya tahu mengangguk dan sekali gus si bodoh-bodoh ini tidak akan melawan tokeh. 53 tahun telah berlalu pemimpin berganti pemimpin si bodoh digantikan dengan si bodoh yang lainnya. Akhirnya Malaysia diperintah oleh orang bodoh... dan bertambah bodoh dari semasa ke semasa... Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

Mohamadazhan.com said...

haha.letih dah aku gelak kes ni.malu la idea tak bernas

Anonymous said...

aku dok kat kondo camna nak tanam sayur bodoh oi

UMngok said...

Menteri bodo disokong pula pengundi UMNO bodo. Memang padan lah tu.

bebyais said...

ape ke bodohnya menteri ni.. mana ada masa nk tanam sayur.. duk kl mana ada kawasan nk tanam sayur la bangang

Puteri said...

lol!

ha.ha

kelakar betullah..

jom kita tanam gandum....pastu kisar wat tepungggg.. harga tepung naikkkk..

jom kita pakat bela lembu...pastu perah susu lembu.....susu pun naik harga......


jom kita tanam pokok kelapa....kupas pastu perah santan.....santan naik harga.....

eh...
kena tanam pokok kelapa sawit!!!! minyak masak pun naik harga niiiii

ha.ha

Anonymous said...

kereta naik harga kena bukak kilang kereta sendiri belakang rumah ke encik menteri?

insuran pun naik.. nak bukak syarikat insuran sendiri la pukak...

fuhhhhh... susah hidup kat malaysia ni. ada menteri pun bangang!!!!

Anonymous said...

YAUUUUWWWW

donk said...

memang dah termaktub menteri kita majoriti tak cerdik..tak trampil..tak da idea yang baik..yang ada adalah yang keluar secara spontan je..bukan idea yang telah di teliti dan di fikirkan..sebab apa...walau bagaimana bodoh pun ia tetap kekal menteri di sokong oleh sesetengah rakyat yang lebih bodoh..satu lagi kalau depa lebih pandai atau tunjuk pandai..siap le..pasti di cantas..

tu sebab menteri di malaysia selalu lepas tangan...kes cikgu menteri cakap bukan bidang dia walau ia menteri pelajaran..kes polis pun sama menteri polis cakap bukan bidang kuasa dia..

untuk pengetahuan semua..semua kementerian tak da kuasa..saja letak para pak turut sebab yang berkuasa dalam semua bidang adalah si bangang najib dan timbalannya si rosmah...

cian nya rakyat malaysia terutama penyokong penyokong yang terus tak dapat menggunakan akal fikiran..

yeop..yeop..minyak akan naik lagi dalam masa terdekat ni..seronoknya kita..dah awal tahun ni..dengan anak nak sekolah lagi...seronok betul...

Anonymous said...

dah tau duk kat kondo 2 mmg x blh bkebun...
ko pegi la cari tanaman hidroponik baghal anak branak sengal