Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, December 17, 2010

BERKAHWIN SALAH MELACUR TAK KISAH ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kementerian siasat gadis 14 tahun berkahwin... 2010/12/07

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengarahkan pegawai undang-undangnya menyiasat kes remaja bawah umur berusia 14 tahun, Siti Marham Mahmood, melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Sabtu lalu, sebelum mengambil tindakan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas mendapat maklumat terperinci.
Beliau berkata, undang-undang sivil membenarkan perempuan berusia 16 hingga 18 tahun berkahwin jika mendapat kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, manakala undang-undang keluarga Islam menetapkan had umur 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan, manakala usia di bawah umur memerlukan kebenaran mahkamah.

“Dalam kes ini, kita membuat andaian, keluarga Siti Marham mendapat kebenaran mahkamah sebelum anaknya berkahwin.

“Bagaimanapun, saya sudah meminta pegawai undang-undang kementerian membuat siasatan lanjut kes itu dan tindakan akan dibuat berdasarkan maklumat diperoleh,” katanya selepas menyerahkan sumbangan Tabung Serangan Binatang Buas (TSBB) berjumlah RM20,000 kepada V Nehru, bapa bayi berusia tiga hari yang maut digigit kera di rumahnya di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Siti Marham dan suaminya, Abdul Manan Othman,23, antara 250 pasangan yang dinikahkan dalam satu majlis Pengantin 1Malaysia Secara Beramai-ramai Wilayah Persekutuan 2010 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Sabtu lalu.

Program itu sebahagian 26 skim Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membantu golongan termasuk dalam asnaf fakir dan miskin.
Shahrizat berkata, beliau tetap tidak bersetuju dengan perkahwinan kanak-kanak berusia bawah 16 tahun kerana ia membabitkan institusi kekeluargaan itu sendiri.

“Remaja ini masih muda dan memerlukan perlindungan dan keselamatan, sedangkan perkahwinan perkara serius,” katanya. -BH

Mana Pihak yang berwajib? Kerajaan diminta siasat... 2010/12/15

SHAH ALAM – Kerajaan diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh punca penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat aktiviti pelacuran dipercayai bagi menampung kos pengajian mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Nasrudin Hassan berkata, hal itu perlu dipandang serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan masa depan mereka sebagai generasi pewaris pentadbiran Malaysia malah menjatuhkan maruah dan imej negara.

Menurutnya, isu ini telah lama diperkatakan namun tindakan susulan yang diperlihatkan hanyalah sikap tuding jari dan menyalahkan orang lain.

“Saya mewakili DPPP meminta kepada pihak yang berkenaan secara langsung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.

“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan ketika mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian, awal bulan lalu.

Dalam simposium pertubuhan itu, Jaina dipetik sebagai berkata, kebanyakan pelajar IPT terlibat kes pelacuran untuk menampung kos pengajian.

Menurutnya, mereka yang terbabit itu terdiri daripada kalangan keluarga bermasalah seperti berlaku penceraian ibu bapa yang menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung.

Nasrudin berkata, sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak lain hanya akan mengakibatkan peningkatan masalah sosial golongan pelajar di negara ini.

“Kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama. Dalam hal ini, DPP bersedia untuk membantu dalam apa jua termasuk memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar terlanjur dengan kerjasama dan kelepasan daripada pihak universiti dan kerajaan,” katanya.-SH

Note: Kah..kah..kah..kah... Ni la padahnya bila negara islam tapi mengunakan undang-undang kafir. Inilah padahnya kalau ada menteri pun semua bodoh-bodoh belaka. Inilah padahnya ada ulama pun jadi ular dalam semak. Orang yang elok-elok kawin nak diasiasatnya. Orang yang dok jual tubuh dia buat tak tau je. Sikit pun tak hirau. Siapa pun tak kacau.. Kah..kah..kah..kah... kak izat.. kak izat.. tudung tu pakai betul-betul dulu.. Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

13 comments:

Kamal Sanusi said...

Kes melacur/zina tu nak disiasat buat aper. Kan Dr. Mashitah dan Fadillah Kamsah dah kata, MELACUR DIBENARKAN dalam keadaan darurat.

Mereka terdesak kerana nak cari duit biayai kos pengajian mereka.

Inilah akibatnya kalau ajaran Islam turut dilacurkan dengan konsep Ada Had Ada Hari...


Wakakakakakakaka..............

cikWani said...

hgpa kena gubal undang2 baru ni.. ekekeke... kadar penzinaan meningkat di kalangat pelajar IPT, haisssyyyyy...... zina 'boleh', siap bukak skolah wanita hamil lah, pusat jagaan baby yg dibuang lah.. nk kawin x boleh..kalau camtu, xyah kawin la, ssh2 p zina semua, apa susah..skolah ada, tmpt jaga baby pun ada...

malaysia memang mudah.... dan memudahkan....

Anonymous said...

Hey,

Thanks for sharing the link - but unfortunately it seems to be down? Does anybody here at rubbertapperz.blogspot.com have a mirror or another source?


Thanks,
Daniel

Anonymous said...

apa plak si danial nak ni?

Kamal Sanusi said...

Itulah namanya SPAM mcm pemuda um-NO-ngok la jugak...


Wakakakakaka..............

zalizalu said...

takde menda dah nak heran dengan malaysia skang nie.... selagi orang yang tak paham agama duk atas, kita nak bangkang macam mana pon, susah...

:)

Puteri said...

kamal -->>

i like ur cment
:)

Kamal Sanusi said...

Thanks puteri...

ibnu marzuki al firdaus said...

sebab lu penakut tak mau bom kot?!

Anonymous said...

Benda(haram) yang sepatutnya di siasat tak siasat ..benda halal nak di siasat itu namanya SIASAT P*k*mak...giler punya menteriiii lembuuu pun tidoq kat kondo...wiaq tuihhh..pelaq punya umgokkk

anie said...

sanggup buat apa saja

shah said...

dunua..dunia

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu