Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 22, 2010

SPRM LIMBANG DITUTUP

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru Lapan Bulan Beroperasi: Mengapa Pejabat SPRM Limbang Ditutup?



LIMBANG 22 NOV: DAP Limbang, Sarawak kecewa apabila pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan tersebut ditutup selepas projek penambahbaikan siap.

Menurut Pengerusinya, Leong Kwang Yew dalam satu kenyataan media pejabat itu ditutup hanya selepas lapan bulan beroperasi.

"Semua rakyat Limbang didesak supaya membuat aduan atau urusan dengan Cawangan Miri," katanya,

Dalam kenyataan itu beliau mengungkit beberapa persoalan antaranya, berapakah harga kosnya untuk projek penambahbaikan Pejabat SPRM Limbang?

Bukankah pejabat yang baru dinaiktarafkan terbiar begitu sahaja merupakan satu pembaziran duit rakyat?

Berikutan itu beliau menuntut SPRM haruslah memberi penjelasan mengenai penutupan cawangan SPRM Limbang. Adakah ini menunjukkan bahawa Daerah Limbang tiada kes rasuah dan penyelewengan, soalnya.

"Sebagai rakyat Limbang, kami juga ingin tahu semamsa pegawai-pegawai SPRM berkhidmat di Pejabat Limbang, berapakah aduan telah diterima? Antara aduan ini, berapakah kes telah diambil tindakan dan diselesaikan," katanya lagi.

Note: kena tanya taib mahmooooood... kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Anonymous said...

haha terkejut bila Limbang masuk blog Bujang susah..tq2 to BS..aku yg kerja kat limbang pun x tau nak kata apa...tgk bangunan opis SPRM pun mcm x serupa opis..aku gerenti klu tanya org local mesti ada yg x tau opis SPRM tu kat mana..sedihhhh..Taib mahmud kena jwb ni...

BUJANG SUSAH said...

ermm dah lama tak balik limbang.. huhuhu

Anonymous said...

aikk..BS pernah g limbang ke?jemput la dtg lg..

BUJANG SUSAH said...

insyaAllah bulan 3 ni nak pegi limbang... ada saudara kahwin di kampung tabahan... hehehehe.. kita jumpa disana..disana..disana... hehehe..

donk said...

itu renovate bangunan sebab ada orang buat projek untuk dapat duit je..dah tau lepas tu pejabat akan tutup..sebab agaknya orang kawasan sana baik baik tak da kes kes rasuah dan salahguna kuasa..sebab tu di tutup..syabas untuk si tua tak sedar diri taib mahmod yang berjaya membelit seluruh kekayaan serawak..membelit dan menipu rakyatnya juga..dan menipu tuhan tentunya..