بسم الله الرحمن الرحيم
Ini mungkin produk dari negara China. Jadi berhati-hatilah ketika membeli sejadah.
(Gambar kepala babi pada berwarna merah)
SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.
“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. [HM]
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
ZAHID KATA BUKAN MELAYU TAK PATRIOTIK, TAK PATRIOTIK KEPALA AYAH DIA,
80% CUKAI DIBAYAR BUKAN MELAYU UNTUK TANGGUNG BEWAK2 HIDUP (PENJAWAT AWAM MELAYU) YANG DATANG MAKAN GAJI BUTA TIAP-TIAP HARI. BEWAK2 NI DIBELA UMNO SEBAGAI ASET TETAP DLM PILIHANRAYA.
SBB TU BUAT KERJA LEBIH KURANG, MALAS, DATANG LAMBAT, KOMPLEIN BANYAK TAPI TAK KENA PECAT.
heran jugak ye? kalau nak tengok muka babi ke muka jin ke... kalau pikir macam tu memang nampaklah atau jadiklah... macam selipar crocs kata tulisan allah.... nak anggap macam tu jadilah macam tu... kena pulak sejadah murah, masa perint color macam macam boleh jadi... tengok corak sebelah dia warna hijau tu maknanya nak corak awan larat/bunga tapi mungkin tercantum masa printing... lenkali beli lah sejadah mahal-mahal sikit.... macam takde sejadah takleh solat dorang ni... letih laa spesis melayu ni....
bila nak pegi temuduga pandai beli baju mahal,seluar mahal,tudung mahal..padahal nak menghadap manusia biasa..buat hantaran pun pandai cari yang mahal..belek sana sini...tarik tarik takut koyak dan sebagainya..
nak menghadap ALLAH cari yang cokia..yang paling murah..yang tak di kira kualitinya..asal beli je..
tak di tengok pun corak dan sebagainya..bila dah beli..4 atau 5 bulan lepas tu baru perasan...bila sejadah tu di pakai ya...
betul comment kat atas ni..orang melayu ni payah sikit...ada yang sembahyang pun pakai baju carlsberg dan anchor...he he he
Sekali tengok gambar tu ternampak corak berkenaan macam kepala lembu yg diusung tempoh hari. 2 kali tengok baru confirm corak tu mcm kepala babi.
Wakakakakakakakakka................
bila nak pegi temuduga pandai beli baju mahal,seluar mahal,tudung mahal..padahal nak menghadap manusia biasa..buat hantaran pun pandai cari yang mahal..belek sana sini...tarik tarik takut koyak dan sebagainya.. nak menghadap ALLAH cari yang cokia..yang paling murah..yang tak di kira kualitinya..asal beli je.. tak di tengok pun corak dan sebagainya..bila dah beli..4 atau 5 bulan lepas tu baru perasan...bila sejadah tu di pakai ya... betul comment kat atas ni..orang melayu ni payah sikit...ada yang sembahyang pun pakai baju carlsberg dan anchor...he he he
Post a Comment