بسم الله الرحمن الرحيم
Amaran Doktor...Facebook boleh beri kesan buruk pada penghidap asma
LONDON: Sekumpulan doktor Itali memberi amaran rangkaian web sosial, Facebook juga boleh memberi kesan buruk kepada penghidap asma.
Gennaro D’Amato dan rakannya merawat seorang remaja berusia 18 tahun yang diserang asma ketika memasuki akaun Facebook dan terkejut apabila melihat ramai lelaki yang menjadi rakan bekas teman wanitanya.
Lelaki terbabit mengambil dua jenis ubat sedut steroid beberapa kali sehari untuk mengawal asmanya. Tetapi apabila teman wanitanya meninggalkan beliau dan enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook, keadaan beliau semakin teruk.
Dengan menggunakan nama samaran, lelaki terbabit diterima semula dalam senarai rakan bekas teman wanitanya melalui halaman rangkaian sosial terbabit. Tetapi, beliau tambah tertekan apabila melihat akaun Facebook teman wanitanya yang mempunyai terlalu ramai rakan lelaki baru.
“Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali.
Ibu remaja terbabit bimbangkan kesihatan anaknya mengukur kadar pernafasan anaknya sebelum dan selepas aktiviti Facebook yang menunjukkan 20 peratus perbezaan.
Selepas menemui seorang doktor remaja terbabit memutuskan untuk tidak lagi memasuki Facebook. Ia menghentikan serangan asma yang dialaminya.
D’Amato dan rakannya menyifatkan rangkaian sosial berkenaan boleh mencetuskan tekanan psikologi dan serangan bagi kes pesakit asma yang tertekan apabila melihat perkara tidak disukai mereka di rangkaian sosial itu. – AP
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Remaja itu juga bermasalah kerana tidak dapat menerima kebenaran,kalau kita orang islam hendaklah kita rela dan redha dengan Qada' dan Qadar ALLAH TAALA.
"Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali."
Ini dah kes cemburu, and gila talak mcm org um-NO skrg yg gila talak, tak menghormati pilihan pengundi di sesuatu kawasan yg depa kalah.
Wakakakakakakakaka...........
"Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali." Ini dah kes cemburu, and gila talak mcm org um-NO skrg yg gila talak, tak menghormati pilihan pengundi di sesuatu kawasan yg depa kalah. Wakakakakakakakaka...........
Post a Comment