Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 26, 2010

RELAKAN DIRI DIROGOL DEMI LINDUNGI ANAK GADIS

بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.[HM]

Note: Satu diantara bala dan kesan-kesan bila negara islam memperlekehkan hukum Allah.. Sampai bila sedang setiap hari kita hampir tak terkejut mendengar berita-berita sebegini?

Note: Pembaca yang nakal diluar sana malah mungkin bekata di minda... " ada videonya ke?"

Note: Inilah negaraku... politik mengaut keuntungan dunia didahulukan.. agama hanyut entah kemana...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

donk said...

memang sial dua penjenayah tersebut..yang boleh di nasihatkan adalah mangsa cari mana mana orang pandai dan paksa dia orang datang semula..kat malaysia ni masih ada yang berkebolehan begitu..

depa akan datang melutut dan terserah pada mangsa untuk buat apa saja..yang elok kita potong punai kedua duanya so takkan ada lagi peluang dia buat begitu lagi..

Anonymous said...

stuju dgn donk!
perangai am sial!
babi pon lagi elok dari dorang ni!

Cahayamylife said...

Menakutkan la dunia sekarang.

Anonymous said...

Aku yg baca ni pon dah "selaras". Bukan apa, daya imaginasi yg tuhan bagi ni kuat. Tu sbb cerita2 cm ni tak elok disebarkan. Tambah lagi mungkin akan mengaibkan si mangsa.

Aku rasa kalau takde cite2 camni lagi elok. Kalau tahu pon bukan leh wat per2 pon. Banyak lagi cite2 yg bermanfaat ade yang boleh dikongsikan.

umno bodoh said...

selaras? baru baca jer dah selaras? tu namanya diri sendiri xleh kawal nafsu bro. Cerita begini ada baiknya ada buruknya.. yang buruknya jika yg membaca tu jenis yg x mampu kawal nafsu. sikit2 nak selaras.

yang baiknya agar kita semua sedar akan betapa runtunya akhlak umat islam di malaysia mukthair ini. supaya kita semua rasa takut akan ianya berlaku kepada ibu, anak, adik, kakak kita. supaya kita ingat jgn buat anak org nanti anak kita akan kena mcm ni jugak. Supaya kita semua tahu bahawa inikah negara islam yg akan dirahmati Allah.. agar kita mengerti Islam malaysia lebih teruk dari islam di negara lain di seluruh dunia ni. Supaya kita ingat janji Allah bila sesebuah negara itu ramai pelaku maksiat ia akhirnya akan dimusnahkan oleh bala bencana yg diturunkan Allah.

yang ko pikirkan baca berita pastu bayangkan.. mmg la batang ko stim. cuba ko pikir bala apa yg akan menimpa negara kita lepas ni dek kerana negara dipimpin oleh pemimpin islam yg jahil?

mungkin tsunami atau ribut dan sebagainya.. nak tengok ko selaras lagi ke x... kalau selaras jugak bermakna ko mmg x takut akan janji2 Allah..

Anonymous said...

Bukan takleh kawal nafsu terus bro. Sbb aku sedar aku ni laki jenis yg tak kuat iman la aku bagitau camner org tak kuat iman cm aku ni mudah ditarik dengan benda2 tak elok dan "selaras" tu.

Org tak kuat iman memang mudah ditarik oleh faktor2 yang tak elok, sbb tu aku kata kalau takde lagi baik.

Org tak kuat iman ni cam besi ngan magnet la. Kalau takde magnet ok je duduk besi tu.

Doakan aku dikuatkan iman bro.

zalizalu said...

ada ker video nya bs? kekekeke

BUJANG SUSAH said...

ada.. tengok kat link ni>>> http://www.youtube.com/watch?v=DJxg01SF6bg

MANMA said...

apabila al-quran tidak diamalkan...
sunnah tidak dijadikan ikutan...