Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 5, 2010

MENGAPA HARGA ROKOK NAIK?

بسم الله الرحمن الرحيم

PETALING JAYA: Mulai Isnin (semalam), harga rokok meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.



Semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.Kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

" Kerajaan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja " - Bhairan

Note: Jika dilihat dari satu sudut berita ini adalah berita baik buat kaum perokok tegar. Kenaikkan harga rokok ini serba sedikit dapat membuatkan para perokok ni mengurangkan aktiviti merokok dan seterusnya menghentikan tabiat kurang sihat ini.

Namun jika kita dari satu sudut yang lain pula, inilah salah satu cara kerajaan najib merompak duit rakyat. Ini juga menjadi kajian kerajaan. Yang pastinya bilangan perokok tetap bertambah setiap tahun. Kerajaan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari cukai rokok ini. Mengapa saya berkata begitu ? Pertama, Bukan kerana saya perokok tegar. Tetapi dari kajian, hanya serendah 10% para perokok ini yang boleh berhenti merokok secara total. Itupun kebanyakan darinya berhenti kerana masalah kesihatan. Dan yg keduanya, Harga rokok naik tapi penanam tembakau masih menjual tembakau dengan harga yang sama (tetap rendah walaupun rokok naik harga).

Adakah kerajaan serius?

Pastinya kerajaan amat serius.. bukan serius menangani masalah kesihatan rakyat.. tetapi serius memerah titik peluh rakyat. Mengapa saya kata begitu? Mana perginya program "tak nak" rokok yang dibuat sedikit masa dulu? Adakah sekadar wujidkan program... kluarkan dana... kroni dan anak beranak dah kenyang.. program pun melayang? Kerajaan juga tidak pernah serius mengharamkan penanaman tembakau. Mengapa harus naikkan harga rokok kerana nak suruh orang berhenti merokok? Mengapa tidak diharamkan saja produk hasil tembakau ini? Menjadi satu kebodohan melarang anak makan nasi berlaukkan ayam sedangkan setiap hari kita hanya masak nasi berlaukkan ayam juga. Adakah ini yang dinamakan serius? yang pastinya kerajaan tahu walaupun harga rokok dinaikkan, perokok tetap beli rokok. sama keadaannya kenaikkan harga gula, beras dan segala bahan makanan. Mahal pun kena beli juga.

Buktinya....

1. Semalam di radio keluar berita seorang wanita peniaga kedai runcit di terengganu telah dikenakan tindakan mahkamah kerana didapati bersalah memiliki rokok seludup (lari cukai) bernilai hampir 3 ribu ringgit. Dan wanita itu dikenakan tindakan saman sebanyak 25 ribu ringgit.

2. Dua wanita warganegara Iran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 38,957 gram di KLIA, Sepang, pada Februari lepas, tanpa dipanggil membela diri. Berita penuh di SINI

3. Polis rampas dadah seberat 753kg yang dimuat dalam kontena, namun tiada tangkapan dan tuduhan dilakukan walaupun kepada pemandu kontena itu sendiri.... seterusnya di SINI

Cuba kita lihat banding dan fikirkan kes-kes di atas. Persoalannya.. Mana lebih bahaya antara rokok dan dadah? Mengedar dadah lepas macam tu je. Senang-senang buang kes. Tapi mengedar rokok tak salah. Yang salahnya hanya kerana tak bayar cukai. Adakah kita boleh lihat kerajaan serius ? anda fikirkan sendiri.

Akhir sekali saya nak tambah sedikit. Kerajaan menaikkan harga rokok dengan alasan nak suruh orang berhenti merokok. Kenapa kerajaan tak naikkan cukai minuman keras, cukai pusat perjudian dan cukai pusat hiburan ke paras maksimum? Adakah kerana minuman keras itu tidak bahaya? Adakah kerana judi itu halal? Ataupun adakah kerana pusat hiburan itu baik? Atau adakah kerana hasil cukainya tidak semewah hasil cukai rokok ?

Note: Bagi perokok tegar berhentilah merokok.. Merokok merosakkan kesihatan.. juga memberi peluang kerajaan menipu dan merompak hasil penat lelah kita. Lihat video dibawah untuk dikongsi bersama.




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

baincardin said...

thank you for sharing :)

ChiKeDees said...

nasib baik dapat suami yang bukan perokok..leh jimat n elak risiko dapat penyakit yang sewaktu dengannya..

Anonymous said...

AKU DPT SUAMI MEROKOK PLAK..TP X LA KATEGORI TEGAR..HRP2 DIA LEH BERHENTI MROKOK 1 ARI NANTI..AMIN

Captain said...

salam bujang,

Rokok murah saje kita hisap...Rokok D & J cuma 2.50 shj..rasa mcm dunhill. Tak ada rokok nak hisap apa pulak?

Unknown said...

salam?
informasi yg sgt baik...hamba akan war-warkan blog tuan hamba kepada rakan2 hamba ...wassalam...

Solihin Zubir said...

KERAjaan mmg suka mentekedarah duit haram..
kalau KERAjaan haramkan rokok, arak, judi, mana lagi diorang nak sauk duit rakyat?
jom lah kita pakat2 tukaq kerajaan cepat2..

Anonymous said...

cara menguntungkan tu,naikkan harga rokok pasal ramai perokok kat malaysia ni,kalo kaki perokok tu sekotak 20rm pun orang beli,siapa yang untung?