Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 9, 2010

USTAZAH DICABUL BOMOH

بسم الله الرحمن الرحيم


KANGAR: Seorang ustazah berusia 35 tahun nyaris menjadi habuan kerakusan nafsu seorang bomoh selepas dikatakan dipukau lelaki terbabit sebelum dicabul ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional di rumah baru miliknya, di Bintong, di sini, petang semalam.

Ustazah itu bagaimanapun bernasib baik kerana tersedar ketika bomoh berusia 51 tahun itu sedang asyik meraba alat sulitnya, sebelum terus bangkit dan berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Selepas mendapati bomoh berkenaan berlalu meninggalkan kediaman terbabit, mangsa kemudian keluar daripada tempat persembunyiannya sebelum terus ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Berdasarkan laporan itu, katanya, polis kemudian menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum bomoh berkenaan berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian.

Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas mangsa mendapatkan khidmat bomoh berkenaan yang berasal dari Kodiang, Kedah untuk memulihkan masalah kedinginan rumah tangga yang dialami.
-bhairan-




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..di berkati Allah
jua hendaknya..
ermmm..kes begini selalu
berlaku tapi masih juga
yang mencari bomoh..

C@Rr0tSu$U said...

cane ustazah leh percaya bomoh eh... tak percaya Allah ke...

Gayahspears said...

salam.pembuka bicara...
sekarang nih macam2 hal...
semalam makcik kawan Gayah pergi jumpa bomoh jugak sebab nak dapatkan dara balik...
boleh ka kembalikan dara jumpe bomoh???
pelik2 ja dorang nih!!!
pada Allah SWT tak tau nak mintak pertolongan...pada bomoh yang belum pasti diketahui asl usulnya,baik buruknya yang dorang ,mintak tolong!!! dunia oh dunia~
Peringatan nutuk diri sendiri jugak..salam,jaga diri hiasi peribadi~

Jo Qusary said...

Ustazah percayakan bomoh?! Mungkin ni balasan Allah sebab mengadu-domba pd yg takde haq.

Anonymous said...

wartawan sengaja guna perkataan ustazah supaya berita lebih menarik

seorang ustazah tak akan bawa balik lelaki ketika suami tiada di rumah dan tanpa izin suami

walaupun dia cikgu pendidikan islam, warta patut guna istilah lain demi menjaga martabat islam

Jutawan Dinar Iraq said...

Salam buat pemilik blog ini..mohon tumpang promosi..

Dengan modal RM 287, miliki 41,800 Dinar Iraq - anda akan menebus kerugian lama anda yang bernilai RM 146,300.00 (Satu Ratus Empat Puluh Ribu..) !!

MALAYSIA LAWAK said...

ustaz atau ustazah tu maksudnya cikgu dalam bahasa melayu. Cikgu tu manusia biasa juga. Jadi mereka juga tidak lari dari membuat kesalahan. yang pastinya mentaliti kita org melayu mudah terperanjat bila ada kes berkenaan cikgu ni.

Apa nak heran.. cikgu bukan semuanya dah dujamin masuk syurga pun. Orang kafir pun ramai yg jadi cikgu.

ustaz atau ustazah hanya gelaran dunia. yang dengan gelaran itu adakah kita fikir ia dapat menjamin mereka masuk syurga?

pastinya tidak..

wallahualam.

Jutawan Dinar Iraq said...

Salam buat pemilik blog ini..mohon tumpang promosi..

Dengan modal RM 287, miliki 41,800 Dinar Iraq - anda akan menebus kerugian lama anda yang bernilai RM 146,300.00 (Satu Ratus Empat Puluh Ribu..) !!

Anonymous said...

Salam. Pasti aib besar ustazah tuh bila alat sulitnya sudah dilihat dan disentuh bomoh tua kutuk tuh. Bayangkanlah seorang ustazah pakai tudung labuh dan jubah tapi kena cabul sambil kemaluannya digentel-gentel bomoh tuhhh huh dahsyat

abah khalisha said...

Suka betul dioarg cari bomoh
Siapa Sabotaj Siti
Petai Gergasi
Siapa nak Pahala Percuma