بسم الله الرحمن الرحيم
Makan Rasuah RM33,600 seminggu. - Binawe punya Pegawai Imigresen!
ALLAHYARHAM HAJI ZAINAL ALAM BIN MOHD YAZID
(1959-2009)
Arwah Hj Zainal seorang pegawai imegresen di Teluk Intan iaitu sahabat baik penulis meninggal dunia tahun lepas bulan Oktober. Maka genap setahun arwah pergi menyambut panggilan ilahi. Beliau pernah memberitahu kepada penulis bahawa ada beberapa orang pegawai imiegresen yang akan kena dakwa dengan SPRM suatu hari nanti atas kes rasuah. Hari ini bila terbaca berita ini, mungkin terkilan juga arwah sekiranya beliau masih hidup, kerana beliau pernah menasihati mereka ini dahulu supaya jangan terlibat kerja yang paling Allah SWT larangkan.
Arwah Hj Zainal yang penulis kenal seorang yang waraq dan sampai ketika masuk waktu solat tak kira dimana sahaja pasti akan berhenti untuk solat walaupun ada urusan penting sekali pun. Kata beliau "Segala urusan duniawi boleh ditangguhkan walaupun temujanji dengan Perdana Menteri, tapi urusan dengan Allah SWT yang Maha Besar lagi utama dilaksanakan dahulu".
Beliau seorang pegawai imigresen yang amanah walaupun pangkatnya No.2 disini dahulu dan pernah ditawar kejawatan No.1 tetapi beliau kena pindah ke negeri lain terpaksa menolak tawaran tersebut dengan alasan keluarga. Kesemua anak-anak beliau berjaya ke menara gading. Nak tahu kisah arwah Hj Zainal yang penulis abadikan untuk anak-anaknya, sila klik TAK MAMPU KU HINDARI.
Bila berlaku sahaja pecah rumah dan rompakan kebanyakan yang dilakukan oleh PATI!. Selesai sahaja mereka ini merompak atau pecah rumah di Malaysia. Hasil rompakan yang lumayan. PATI-PATI yang celaka lagi jahanam ini, akan balik ke Indonesia melalui tekong-tekong haram dari Indonesia. Jika balik melalui pelabuhan Klang pasti akan ditangkap oleh polis kerana membawa duit yang banyak. Sampai di Indonesia mereka akan bagi kepada keluarga mereka lantak. Sampai ada yang buat banglo dan beli ladang di Indonesia.
Selang beberapa bulan selepas kes mereka sejuk. PATI-PATI laknat ini akan datang semula ke Malaysia untuk melakukan pecah rumah dan rompakan di negeri lain pula. Jika selamat dapat balik lagi ke Indonesia. Jika nasib tak baik, mampus di tembak polis Malaysia. Ini yang selalu berlaku setelah mereka ditangkap. Nak tahu lebih lanjut pergilah ke Penjara Tapah dan banyak PATI-PATI yang ditangkap kerana kes rompakan dan pecah rumah beristerihat di Penjara Tapah, Perak. Haji Zainal selalu ke Penjara Tapah kerana disana ditempatkan PATI-PATI yang ditangkap oleh pihak Imigresen.
Yang melepaskan mereka ini masuk ke Malaysia dan merompak serta pecah rumah kita ni! pegawai imigresen laknatullah yang macam ni!. Pakat dengan tekong-tekong laut Indonesia. Tak cukup ke gaji kamu dan elaun yang kerajaan bagi! Kamu makan rasuah mengalahkan gaji Perdana Menteri. Lepas tu bagi makan anak bini!. Penulis bukanlah cemburu kamu dapat duit haram banyak tu! tapi disebabkan kamu..wahai pegawai imigresen yang tak amanah dan tak jujur. Disebabkan kamu, sengsara hidup rakyat Malaysia selama ini kerana melepaskan PATI-PATI laknatullah masuk ke Malaysia.
Habis harta, nyawa, wang, isteri dan anak dara kena perkosa disebabkan kamu. Tapi inilah balasan Allah SWT kepada kamu selepas ini. Kena buang kerja dan masuk penjara! Malukan keturunan kamu dan ibubapa kamu yang membesarkan kamu dari kecil dahulu. Semuga yang terlibat dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal dan insaflah wahai pegawai imigresen yang lain-lain jangan ikut kawan-kawan yang bergaya hidup mewah dengan hasil haram!
2 ditahan suap RM33,600 seminggu
SEREMBAN 3 Okt. - Dua lagi pegawai Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai 'menyeludup' pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini yang dikatakan meraih pendapatan sehingga RM33,600 seminggu.
Pegawai yang bertugas di jeti Port Dickson, dekat sini itu dikatakan mengenakan bayaran RM5,600 bagi setiap feri membawa PATI sejak empat tahun lalu. Dalam seminggu, enam feri yang setiap satu mengangkut kira-kira 70 PATI dari Dumai, Indonesia akan berlabuh di jeti Port Dickson.
Dalam tangkapan Rabu lalu itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM26,000 di pejabat salah seorang pegawai terbabit.
Kelmarin, seorang pegawai Imigresen turut ditahan kerana menjadi dalang sindiket 'menyeludup' PATI melalui jeti Pulau Ketam, Selangor.
Jurucakap SPRM negeri berkata, dua pegawai yang berusia 40-an dan 50-an itu diberkas bersama-sama seorang lelaki, kira-kira pukul 7 petang di jeti berkenaan, Rabu lalu.
Difahamkan, lelaki yang ditahan itu menjadi perantara dengan tekong feri Indonesia untuk membawa masuk PATI dari negara tersebut.
Menurut jurucakap SPRM itu, hasil intipan SPRM mendapati kedua-dua pegawai itu telah melakukan kegiatan tersebut sejak empat tahun lalu.
"Mereka (pegawai) menerima rasuah RM5,600 bagi setiap feri yang membawa 70 PATI dari Dumai, Indonesia yang ingin masuk ke negara ini," katanya di sini hari ini.
Jurucakap itu menambah, dua pegawai Imigresen itu mengutip wang rasuah daripada tekong dan jika gagal membayar wang tersebut, tekong tidak akan dibenarkan menurunkan PATI.
Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.
Pihak SPRM turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada terdapat pengawai Imigresen mahupun kakitangan agensi lain turut terlibat sama dalam kegiatan tersebut, jelasnya.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes berkenaan.
Kelmarin, SPRM menahan seorang pegawai Imigresen dan tujuh individu kerana dipercayai terlibat menyeludup masuk PATI melalui jeti Pulau Ketam setelah menerima suapan dikenali sebagai 'wang tunjuk' dari kapten kapal.
Dalam serbuan itu, SPRM turut menemui wang tunai kira-kira RM30,000 di rumah pegawai Imigresen tersebut, manakala RM70,000 lagi dijumpai di pejabat salah seorang perantara yang ditahan.
sumber: Utusan Malaysia 4hb Okt 2010
Wasallam. - http://resepirahsiaku.blogspot.com/
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
salam..sy cuma hendak berkongsi cerita..sy bekerja di tapak pembinaan ..saya hairan kawan2 sy di site mepunyai ic biru.sedangkn dia dari seberang.sy tny mcm mana boleh dapat??kami masuk dari sabah..menteri sana bantu kami dapatkn ic biru..sy mmg x puas hati dgn kerajaan sbb gagal dlm isu mcm nie.
perkara ni dah lama berlaku bro. nak ubah senang jer. kita semua buat mcm mesir.
Salam saya nak tegur istilah laknatullah tuh selalunya ada pasa iblis..manusia akan buat kesilapan..kita pon xbole senang senang panggil orang kafir itu kafir sebab hanya Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk..memang pegawai ni ada lakukan kesilapan tetapi anda tidak boleh memanggil mereka dengan panggilan sebegitu..terima kasih
perkara ni dah lama berlaku bro. nak ubah senang jer. kita semua buat mcm mesir.
Post a Comment