بسم الله الرحمن الرحيم
Dua wanita warga Iran bebas edar syabu
SHAH ALAM 29 Sept. – Dua wanita warganegara Iran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 38,957 gram di KLIA, Sepang, pada Februari lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan sedemikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mazieh Azimzadehtabriz, 32, dan Hajar Fakri Lasbo, 25.
Kedua-dua wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, pada 10.40 malam pada 5 Februari lepas.
Mazieh, seorang jurulatih kecergasan dan Hajar, seorang pelajar, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dadah itu dijumpai dalam dua buah beg yang setiap satu dibawa oleh mereka. – Bernama
Note: Malaysia ni memang hairan sungguh. Lubang dubur yang tiada kesan koyakkan boleh pula dikatakan diliwat. Terang-terang tiada bukti pun masih dengan seribu satu cara nak bagi kantoi jugak. Tapi bila dua wanita iran terang-terang bawak dadah boleh pula dilepaskan tanpa dipanggil membela diri. Malaysia ni guna undang-undang apa sebenarnya ? Mungkin undang-undang made in najib gamaknya..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment