بسم الله الرحمن الرحيم
Hab hiburan tetap salah, ulama tegur secara 'sir'
Ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya.
Bagaimanapun, menurut pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) itu lagi, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.
“Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi ia bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya ia tetap salah.
“Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai),” kata Fathul Bari yang menyertai Umno Jun lalu bagi tujuan “menasihati” pemimpin. - malaysiakini
PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan
“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.
PERKASA menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lau, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).
Sehubungan itu, menurut Arman Azha, PERKASA akan menganjurkan satu bantahan bagi menentang cadangan kerajaan itu.
Note: kah..kah..kah..kah.... malas nak komen.... kah..kah..kah..kah... kita sama-sama tunggu... kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
salam...
tegur secara sir ke yes sir Fathul bari ni
Ini ajarah syiah ni. taqiyyah. Bukan ajaran wahabi.
kalau setakat belajar kat timur tengah kat negara arab boleh ke di pangil ulamak atau atau p....
btl ker pic nie?
"Yes Sir"...
sisir rambut ehem² la tu..
'sir'..bukan 'yes sir'..sebut 'sir' dalam bhs mlyu baku dan bukan 'ser'.. maksudnya 'secara sembunyi'.. iLMU ni tegur pmerintah um-NO scra smbunyi.. kalau silap tolong betulkan..
alahai ulamakaih...
aku x setaraf ulamak, jauh beza dgn ulamak2 ni, aku hanya full'A'mark.
tapi bagi aku kalu tegur secara terang2an pon x jalan, jadah ape tegur scara sembunyi???
ade akai pikiaq la!
oh kate la korang ularmak2 ni dah tegur secara sembunyi2, xkan la korang xtau yg korang tegur tu batu, kayu, sampah masyarakat, die xkan dgr ckp korang pon sebab masih tiada perubahan n perbezaan.
Post a Comment