بسم الله الرحمن الرحيم
Pemuda Umno puji selibus PASTI, hentam tabika KEMAS!!
Oleh: Pria Malaya
Bukti pemimpin Umno pun turut mengakui kehebatan dan kelebihan yang ada pada tadika PASTI.. Mari kita dengar pengakuan ikhlas pemimpin Umno ini...
“…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)…
Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS.. Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya… Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…”
Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video ini, mereka pasti terdiam kaku....
kanak2 tabika KEMAS.. Dah isteri PMnya pun tau tahu nak tutup aurat.. apa lagi anak-anak kemas ni..
Apa pun, bukan niat utk mempolitikkan isu ini..kedua2nya tetap memberi manfaat kepada kanak2..
Cuma penulis agak kesal suara2 dari pihak kerajaan yang seolah2 memandang rendah keupayaan PASTI, seterusnya melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah buruk ke atas tadika kanak-kanak ini..terbaru, kerajaan Melaka dilaporkan mahu merobohkan tadika PASTI kononnya atas alasan2 tertentu, boleh baca di SINI...
Pada sesape yang free, sila buat salinan atau muat turun (download) video ini dalam komputer korang...kot2 la, video ini akan diremove oleh tuan dia...khususnya pada pentadbir dan guru-guru PASTI seluruh negara, korang mesti ambil pengajaran sebagai pemangkin utk teruskan pemerkasaan tadika PASTI...
Kanak-kanak PASTI..
Di bawah disertakan satu video untuk korang lihat dan nilai...Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH...wallahua'lam..
- Pria Malaya
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
ana rasa KEMAS agak ketinggalan lah. masih tahap tadika dulu2, tadika 'makan'...
Dalam keadaan sekarang ni pada usia 6 tahun tu anak2 perlu tahu banyak perkara dari ilmu dunia ke ilmu akhirat, bukan setakat tahu A,B,C dan Alif, Ba, Ta... shj.
Ante ign cakap camtu. Budak2 KEMAS pon pandai eja jawi jugak. Alif tendang wau sarkis. Hehehe
ada beza ek PASTI and KEMAS tu..? br tau..hehe~ =)
antara pendidik makan gaji dengan pendidik pendakwah-murabbi, jauh bezanya...
toksah nak perkemas la..
saya budak kemas dulu...huhuhu
aku tgk budak2 KEMAS ni mcm x kemas jer.. comot semacam nampaknya..
Salam,
KEMAS PASTI DOK KEMAS! Adeeei!
yang bertudung pun tutup aurat je tapi baa nafsu bini orang tunag orang laki orang janji jantan....masuk bilik buat hal lepas kantoi....bila bab bertudung tak pasti lagi perempuan soleha....so jangan cepatcepat menilai pakaian yang tertutup tu baik yang berkopiah ok...tapi kaki rogol...to me hanya tuhan yang boleh menilai orang macam biasa ni hambanye......have no right to judge. So baik kita lihat dan nilai diri kita jangan nak cari keaiban orang je.
KEMAS untuk famili tidak mampu. Kanak-kanak diajar basic edu. Banyak lagi kanak2 yang tak bersekolh disebabkan kewangan keluarga Jadi famili2 yang ada lebih tu tak payah la hantar kat KEMAS. Parent yang tak mampu hantar anak2kat KEMAS bersyukur sebab adenye KEMAS. Yang penting anak-anka ini dapat mengenal huruf dan kebanyakan anak2 kecil berbangsa Melayu dan sebahagian kecilnye adalah India. Anak pertama saya dihantar ke KEMAS dan selainnye di tadika swasta ynag yuran bulananmye RM180.00 tak termasuk lain2 satu semester RM650.00. Yang sulung tetap cemerlang dan terbaik dalam semua major exam yang lain sederhana. KEMAS masih relevan hanya perlu ada peningkatan dalam pembelajaran. Komen anak saya makanan di KEMAS mengenyangkan dan sedap di tadika swasta makanan adalah biskut dan roti.
Post a Comment