بسم الله الرحمن الرحيم
Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.
Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.
Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...
Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.
Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.
Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.
Itu sejarahnya yang tercatat....
Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.
Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.
Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...
Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!
- theflyingkick
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
name pon umngok,
diorang ckp ape pon yg bangang² bawah ni sokong je, jgn kate sejarah bro, buku2 sejarah budak skolah pon mane betul sgt, contohnya zaman paleolitik, meseolitik, neolitik. as simple as that. zaman firaun buat pyramid kategori zaman ape? zaman kaum nabi luth? zaman pompey?...
kalu aku salah tolong betulkan, maknenye zaman moden telah lama ada, kemudian umngok wujud trus mundur sehingga duduk di dalam gua? lkuikuikuikiuk...
pendapat aku yg x sberape...
Kalau fikirkan lagi Nabi Adam as membina kaabah dan masjidil aqsa, zaman Nabi Nuh dengan bahteranya, zaman Nabi Sulaiman dengan istananya lengkap taman-taman air yang berbentuk piring, kaum Nabi Shuaib yang bina rumah mengukir bukit-bukit, permaisuri Saba' yang membina empangan air, penduduknya kaya raya.. Nabi Yunus yang menaiki kapal kemudian diundi, Nabi Khidir dengan Nabi Musa yang mengembara kerana Nabi Musa ingin menuntut ilmu laduni, Nabi Ibrahim dengan pembinaan Kaabah, binaan piramid yang kekal hingga sekarang... lalu penipuan sejarah penduduk gua batu hanyalah penipuan untuk mengaburi mata orang-orang yang tak mahu sedar.. bangunlah!!!
ini zahid hamidi.bukan tahu sejarah..sekolah pun takat ting lima sastera..pakai kabel jadi orang umno..pakai duit..tambahan pula nak jadi calon umno mestilah syaratutama..bodoh..kedua bodoh ketiga bodoh keempat pun bodoh dan yang kelima pun bodoh...inilah calon calon yang akan jadi menteri..adun ahli parlimen..wakil rakyat..rakyat tahu mereka mereka ni bodoh ya amat..kalau cerdik nanti lawan tokey..tokey mestilah bapak segala bangang..
itu yang cakap merapu..tak usul periksa..yang dengar tepuk bagai nak rak..siap buat ucapan ulasan lagi...
tak tau jangan cakap..orang tahu kamu tu bodoh..tak tau apa..jadi menteri pertahanan lagi...
jangan tunjukkan kamu tu bodoh ya zahid hamidi..kamu main aje le motor besar kamu tu dan tunggu peluang jika dapat sapu mana mana projek tentera yang ada..
Post a Comment