Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 22, 2010

DUA LAGI GADIS HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم



[BH] POKOK SENA: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.

Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya.

Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.

“Kedua-dua pihak sudah menyediakan pelbagai persiapan, termasuk bunga telur, pakaian pengantin dan kad jemputan.

“Keluarga kami juga sudah menerima wang hantaran daripada pihak lelaki sebanyak RM8,284 tetapi ketika tarikh berkenaan semakin hampir dia pula menghilangkan diri tanpa khabar berita,” katanya.

Zaiton berkata, dia menyedari kehilangan anaknya apabila pengurus tempat anaknya bekerja menelefon pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

Katanya, dia ada menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tidak berjawab dan pada sebelah petang hari yang sama mereka cuba menghubunginya sekali lagi tetapi gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

“Tiada perselisihan antara kami sekeluarga dengannya, malah kami gembira kerana dia bakal berkahwin.

“Dia juga tidak membantah calon pilihan keluarga itu. Kami bimbang keadaannya kerana dia memakai barangan kemas,” katanya.

Zaiton berkata, Siti Sakinah seorang anak yang baik kerana tidak suka berpeleseran dan tidak pernah meninggalkan solat.

Katanya, dia mengesyaki anaknya itu dilarikan pihak tertentu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena selepas kehilangannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Sakinah diminta menghubungi talian 019-4649104 atau 019-4783421 atau balai polis terdekat. - Rahmat Othman


Berita tentang kehilangan Balqis Azman:

[BH] IPOH: Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu.

Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping.

Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.

“Bagaimanapun, Balqis tidak pulang ke rumah kami di Kampung Kepayang, Fair Park di sini. Saya dan suami, Azman Sulaiman juga gagal menghubungi telefon bimbit Balqis,” katanya di sini, semalam.

Noorlela berkata, kali terakhir dia bertemu Balqis ketika menghantar anaknya di rumah sewa di Kampung Boyan pada 13 September lalu.

Katanya, anaknya dipercayai hanya mempunyai RM20 yang dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik sehari sebelum dilaporkan hilang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Balqis diminta menghubungi Noorlela di 014-2527050 atau Azman 012-5894347.

4 comments:

chocolate.aholic said...

dan yang hilang msti y cantik2...cpt2 la dapat jmp erk..

Anonymous said...

Aku tolong cari yang gambar kat atas, korang cari yang gambar bawah tu. Hehe

Anonymous said...

aduhai, orang hilang lagi..
apa kes? tak cukup seorang, seroang lagi..
hilang harta benda takpa lagi,
ni hilang orang..wallahualam

donk said...

heran ya..yang cantik cantik hilang..mungkin oleh orang..yang comot hilang..mungkin oleh jin..

tak le pula najis ke rosmah ke atau menteri adun kaki rasuah tu di rembat dek jin ke..

ini rakyat biasa je..kesian polis...kena cari cari..pas tu masalah personal..peribadi..nak cover adun menteri cukang lagi..