بسم الله الرحمن الرحيم
Di manakah gadis ini? Semoga selamat dari segala kejahatan manusia.
Kemaman: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.
Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.
Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.
Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.
Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.
Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.
Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan. [HM]
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
ape die nak kene jawab dgn bakal mertua die...
ceta ni agak pelik..nape mamat tu bawa keluar lepas tu balik office sekejap pulak konon ada benda penting nak di selesaikan dan suruh tunggu hingga sekian sekian jam...
kalau saya pihak polis..ambil mamat tu dulu..jentik jentik telur sikit..mungkin tau cerita sebenar..entah entah tak da duit nak kawin..tu yang buat plan lain..
nampak tak berapa logik jalan cerita nya..
Ermm apa punya tunang ler..Klu aku berada disituasi dia ler..Aku bawak skali tunang aku pergi ofis..nak malu apa..nak kawin nnt kawan ofis tau gak...Klu tak naik ofis suruh tunang duduk dalam kete..apa susahbya bukan naik basikal atau moto kapcai...Dari segi jalan cerita keluar menaiki "KERETA"tunangnya..???
p/s:add aku skali...hehehe
Alahai kesiannya.. cun plak tu.. tu yg rasa galat tu.. kalau buruk mcm rosmah mansur xpe jugak...
dtelah aku agak kan..sebab esoknya punya cerita ..dari emak si gadis itu mungkin ada kaitan dengan jantan tunangnya sendiri..mesti kes nak kawin free ni..duit takda..janji dah sampai..t yang bawa pelari anak dara orang..kalau aku jadi keluarga perempuan..cari sampai dapat dan jantan tu pulak direbus hidup hidup dan punai di potong buat umpan ikan patin dan jual kat temerloh..bagi orang orang pahang makan,,
tipu je nihhhhh
ble tgk my new post..
juga metroooo
Post a Comment