بسم الله الرحمن الرحيم
JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.
Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.
Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.
"Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
"Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu," katanya.
Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.
Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.
Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.
Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.
"Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.
"Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang," katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.
Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.
Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.
"Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.
"Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan," katanya.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
nauzubillah..jauhkan la aku antara manusia yang akan jadi anak derhaka...moga Allah merahmati kedua ibu bapa aku dan sahabat2 aku...amin...buat anak yang derhaka tu insaf lah...
Nauzubillah Jangan la anak-anak umi ada yang jadi macam ni..Ini bukan anak manusia lagi ni..Anak haiwan pun tahu sayang mak sendiri...
Orang tua nak makan banyak mana sangat.Umi pun selalu juga pergi rumah kebajikan. Tak pernah umi jumpa org tua yang kuat makan..
salam
cuba tengok ulasan selepas keluar cerita tu oleh anaknya...
masih menyalahkan emaknya juga...
semuga disatu hari nanti anak dia pula akan buat yang lebih teruk daripada itu..bukan setakat masuk paper..masuk tv sekali..internet...
baru dia rasa..
Sampai ati bt mcmtu sedangkan emak sorang boleh jaga anak 9 inikan pulak anak 9 langsung tak boleh jaga emak 1..supaya anak macamni akan tergolong dalam orang2 yang tak beriman..suatu ketika apa yang mereka lakukan ini pasti akan terjadi pada mereka kelak..tunggu dan lihat...manala da orang tua yang nak mkn kuat...erm ini mungkin dalih yang mereka berikan supaya dalih mereka ini akan diterima...kalo ya pun dia makan kuat apa salahnya sedangkan umur sudah tua...semoga apa yang mereka lakukan ini akan mendapat balasan Allah S.W.T...
anak tak guna betul,suatu hari nanti biaq anaknya pula balas balik perbuatan macamtu,tapi allah maha mengetahui,kalau aku nak tanya makcik tu plak ;MAKCIK DULU JAGA TAK IBU MAKCIK?bukan apa kalau kita berbuat baik kepada orang tua kita nescaya anak kita akan hormat pada kita
Post a Comment