Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 4, 2010

KENYATAAN KARPAL BUKAN KENYATAAN DAP: TIMBALAN PENGERUSI DAP

بسم الله الرحمن الرحيم

Tak Ketahuan Hala Lagi Nampaknya UMNO lepas nie bila baca kenyataan DAP nie..

PETALING JAYA: PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit.

"Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman.

"Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam.

Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama.

"Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya. - Mstar



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

Anonymous said...

yg ni puak pas senyap tunggu nik ajis jawap,depa semua tukang angguk ja

-dari penulis yg bercakap benar dan telus-

vell paria said...

eh.. ko apa hal plak ni? bukan ke puak ko yg kecoh2 gembira sakan bila karpal kata xnak negara islam? karpal tu dah tentu la keling.. sepatutnya org umno yg mengaku islam ni turut sama dengan PAS dalam kes ni.. sepatutnya umno menyokong pas dalam kes agama begini. Sebab yg xnak islam tu keling.. agak2 org umno pun keling ke? kenapa korang bersorak gembira bila karpal mengeluarkan pendiriannya yg dia x mahu negara islam kalau PR memerintah? Sepatutnya korang sama2 bangun dan berkata.. dalam bab agama ni kami org umno akan menyokong PAS. sepatutnya begitu la walaupun bukan kami harap sgt pun. cuma kerana ko pun mengaku islam. ini tidak.. ko pula yg berlebih2 mengalahkan karpal.. tu yg aku tanya tu.. korang ni islam ke kapir? kang klau aku kata ko kapir ko melenting plak...

Sekarang ni siapa yg x sukakan islam? karpal yg kapir tu ke atau umno yg mengaku islam? kalau karpal x suka ko nak rasa hairan ke? dah tentu la agama dia bukan islam.. mcmana dia nak terima islam secara total. kalau dia terima secara total bermakna dia dah masuk islam la. Yang ko ni umno mengaku islam apa yg korang buat? ada korang menyatakan sokongan pada PAS yg nak jadikan malaysia ni negara islam? NI dah la x sokong.. siap bersorak gembira lagi bila si karpal tu menafikan hak kita org islam untuk menjadikan melaysia ni sebuah negara islam... betul ke cara ko tu? kenapa umno jadi mcm tu?

Anonymous said...

aduhh... kena lagi aku....

Anonymous said...

Oppsss....