بسم الله الرحمن الرحيم
Fuhh..Nafsu Serakah Umno Kini Mengilai Untuk Menahan Terbitan Harakah Pula..
Harakah mempersoalkan kesahihan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan kementerian itu mengeluarkan surat tunjuk sebab mengenai pelbagai isu terhadap akhbar rasmi PAS itu.
Sambil menafikan menerima sebarang surat tunjuk sebab, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata, pihaknya hairan bagaimana mereka perlu menjawab tuntutan berkenaan sedangkan tidak menerima sebarang surat yang berkaitan.
"Saya juga hairan tentang isu tunjuk sebab ini, kami tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada KDN seperti yang mereka dakwa di akhbar.
"Kalau saya nak kata mereka (KDN) berbohong, mungkin kasar bunyinya... tapi hakikatnya memang kami tak terima apa-apa surat lagi setakat ini," katanya kepada mStar Online.
Akhbar melaporkan pada Khamis, KDN memberi tempoh tujuh hari mulai Selasa lalu kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dilaporkan berkata, surat tunjuk sebab itu diserahkan kepada Taufek sewaktu menghadiri sesi pertemuan dengan pegawai KDN di kementerian itu, Isnin lalu.
Malah menurut Mahmood, kegagalan akhbar berkenaan menjelaskan surat tunjuk sebab itu dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.
Bagaimanapun Taufek berkata, pada pertemuan bersama editor akhbar tabloid pada Isnin lalu, KDN tidak langsung membangkitkan mengenai isu permit dan surat tunjuk sebab seperti yang dikatakan Mahmood.
"Mereka tak sentuh langsung pasal isu permit dan surat tunjuk sebab, malah beliau sendiri (Mahmood) pun tak hadir pada pertemun itu," katanya.
Justeru Taufek berkata, beliau sudah menghubungi pejabat KDN bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
"Saya hubungi Datuk Mahmood pagi tadi, tapi beliau ada mesyuarat, saya masih menanti maklum balas daripada KDN," katanya.
Ditanya kemungkinan Harakah bakal menghadapi nasib yang sama dengan Suara Keadilan yang digantung permit kerana isu `Felda Bangkrap', Taufek berkata: "(Situasi) Suara Keadilan dan Harakah berbeza, kita tak boleh guna pertimbangan yang sama." - Harakahdaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
soklan2 yg belum dijawab dek puak ApNo dlm n3 sblom ni...
komen2 n kebodohan2 org2 ApNo menjawab soklan secara online n live spt di n3 n3 tersebut.
1) 5 TAHUN TIADA AIR : AHMAD MASLAN BUTA AGAKNYA
2)SI BUNCIT JUAL AIR BALANG BUAT LAWAK BODOH
3)MCA KATA IBRAHIM ALI CILAKA
4) SI BANGANG BIDAS SI BANGANG
5)Tersalah Bawa Kunci Kondominium?
6)LUCU DAN PELIK (saifool)
7)Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch...Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!!
8)>>>MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH?<<< (video)
tolong bg jawapan, jgn menimbulkan lagi persoalan.
TQ.
KERJASAMA DARI PIHAK ANDA AMAT KAMI HARGAI.
TQ
campo topic baru yg belom djawab dek puak ApNo,
BALAK DIKEBAS ANAK GADIS DIROGOL: DI MANA PIHAK BERTANGGUNG JAWAB?
so total 9.
lain yg ditanya, laen yg dijawab..
sedikit persamaan dari org ApNo yg same n menggunakan pelbagai name kat sini...
lawak said...
ramainya pengikut kapal singki:)seorang singh kena pakai turban,tapi kapal singki tak.Ini bermakna kapal singki bukan singh yg baiki.
"KAPAL SINK HARUS BERTAUBAT"
June 3, 2010 10:41 PM
PAScacamarba said...
aikk,dah baca ke lom?hahaha,hujah dangkal la ko ni..
"KO HARUS BERTAUBAT"
June 4, 2010 1:52 AM
Anonymous said...
vell paria harus bertaubat hik hik hik
July 7, 2010 9:23 PM
n macam2 lagi komen dari org yg sama, tapi gune nick macam2,
dari segi bahse n highlighted pon tau, sebab si cacamerba ni kena hentam, so die xleh jawab soklan2 laen, die tuka je nick.
ini pandangan individu...
atau mungkin mereka telah dididik secara bangangnye utk dijadikan anjing2 ApNo... yg sedia maklum bodoh n bangang!
x salah suruh org bertaubat, tp sendiri pon x betul nak suruh org lain tobat apekejadah?
n jgn risau,
die xkan gune ayat "bertaubat" dah pasni, sebab die pon dah bertaubuat.
percayela...
hahaha...
Anonymous said...
bertaubatlah sebelum anda jauh tersesat-terima kasih
July 9, 2010 9:07 PM
n3--> DOLAK DALIH SANG MUFTI - MALAYSIA NEGARA SEKULAR
ade lagi mamat cacamerba ni..
hahaha
Post a Comment