بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 5 Julai – Suara Perkasa hari ini diberi teguran oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung artikel muka depan edisi sulungnya bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”, dan sedang mencari pencetak pengganti bagi meneruskan penerbitan keluaran kedua, 15 Julai ini.
Akhbar dwibulanan terbitan Perkasa itu terpaksa mencari pencetak baru kerana syarikat pencetakan semasa, KLK Press Sdn Bhd tidak sanggup memikul risiko implikasi perundangan.
“Saya akan terbit macam biasa dengan pencetak baru… saya sedang mencari pencetak baru kerana pencetak sekarang tidak sanggup, takut kalau-kalau ada tindakan saman, jadi saya akan dapatkan pencetak baru,” kata Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Daud telah mengadakan pertemuan kira-kira 105 minit dengan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan beberapa pegawai kanan kementerian.
Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd.Samad juga hadir pada pertemuan itu.
Pertemuan hari ini adalah susulan mesyuarat kementerian itu dengan Editor Suara Perkasa, Amirudin Mohamad Jumaat lalu.
Perkasa diwakili oleh setiausaha agung dan timbalan setiausaha agung Perkasa.
Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia muncul “garang” pada 1 Julai lalu dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu dua minggu lalu.
Perkasa dipimpin Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.
“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA,” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung Suara Perkasa kepada wartawan Rabu lalu.
Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.
Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000.
Mengulas lanjut, Daud berkata Kementerian Dalam Negeri telah menegur Suara Perkasa kerana tidak membantu usaha ke arah penyatuan negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dengan penggunaan tajuk-tajuk sedemikian.
“Saya memberitahu Datuk Rahim bahawa tajuk-tajuk seperti ini pernah digunakan masa-masa lalu tetapi tiada masalah.
“Bagaimanapun Datuk Rahim berkata keadaan dulu lain, sekarang lain… peranan kementerian ialah menjaga keselamatan negara, mengelakkan situasi tidak senang,” katanya.
Kata Daud, pihaknya meminta maaf dengan kesilapan yang wujud dan memberi jaminan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan tajuk dalam keluaran-keluaran akan datang.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.
Hishammuddin berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa kementeriannya memberi layanan berbeza kepada Suara Keadilan dan Suara Perkasa.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
Fulamak sexy + perkosa = ?
Perasan lebih la PERKASA ni..
Post a Comment