Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 4, 2010

KALAU KARPAL TOLAK KITA TAK PELIK, KALAU UMNO TOLAK ITU YANG KITA PELIK & HAIRAN!

بسم الله الرحمن الرحيم



Apabila meniliti setiap kata-kata yang terpacul daripada mulut beberapa orang pemimpin UMNO termasuk juga Ahli Parlimen (MP) Bebas apabila ditanya pendapat mereka tentang kenyataan peribadi pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang dikatakan ‘menolak’ untuk berkompromi terhadap konsep Negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara boleh membuatkan kita tersenyum sendirian.

Melihat berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini seolah-olah kita seperti diberitahu bahawa UMNO telah pun menerima konsep Negara Islam ini tanpa halangan dan sanggup untuk melaksanakan segala tuntutan dalam pemerintahannya seperti hukum hudud dan sebagainya.

Kenyataan oleh Dr Mohd Fuad Zarkashi yang juga Ahli MT UMNO yang mengumpamakan cabaran Nik Aziz terhadap Karpal Singh ibarat ‘anjing menyalak bukit’ kerana menurutnya jelas sejak sekian lama sememangnya Karpal Singh menolak sebarang usaha kearah perlaksanaan Negara Islam di Malaysia.

Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Mukhriz Mahathir yang juga MP Jerlun yang mahukan agar penyokong PAS membuka mata akan perbezaan yang ketara antara PAS dan DAP ini. Katanya lagi konsep Negara Islam ini akan tetap di tolak oleh DAP dan ini membuktikan bahawa kedua-duanya tidak sehaluan didalam hal ini dan Cuma kelihatan sepakat hanya untuk mendapatkan kuasa sahaja.

Dalam pada itu juga kenyataan yang dibuat oleh MP Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang menggesa agar PAS wajar tinggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu mahu meneruskan usaha mendaulatkan pemerintah Islam di negara ini memperlihatkan seolah-olah tugas untuk melaksanakan pemerintahan Islam ini hanyalah menjadi tugas PAS semata-mata?

Kadang-kadang kita merasa hairan, apakah UMNO sudi untuk berubah dan sama-sama bersetuju untuk melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS ini?

Kita mempersoalkan sedemikian kerana melihat daripada beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO ini yang begitu bersungguh ‘menasihati’ PAS agar segera keluar daripada pakatan pembangkang seolah-olah kini UMNO sudah bersedia untuk menerima apa yang dihasratkan oleh PAS selama ini bagi melaksanakan hukum hudud juga?

Amat tertarik dengan respon yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang secara sinisnya ketika menjawab persoalan oleh wartawan mengenai kenyataan Karpal Singh tersebut,

“Anda kena tanya dahulu pemimpin UMNO adakah mereka bersetuju dilaksanakan hukuman hudud di negara ini atau tidak. Apabila dapat jawapannya barulah saya akan jawab mengenai Karpal”

Untuk rekod, UMNO melalui Presidennya (Dato Sri Dr Mahathir Mohamad ketika itu) sekitar awal tahun 90an penah menolak secara rasmi permintaan dan hasrat oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Dengan kata mudahnya, kita sedikit pun tidak merasa hairan sekiranya Karpal Singh menolak dan tidak mahu berkompromi tentang konsep Negara Islam apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud berdasarkan syariah Islam sepenuhnya, tetapi kita amat pelik serta merasakan terlalu sedih seandainya yang menolak dan menentang perkara ini adalah UMNO yang selalu mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

Justeru itu, satu persoalan yang timbul kini ialah, apakah kenyataan yang bersungguh-sungguh di keluarkan oleh beberapa pimpinan UMNo sejak 2-3 hari ini menggambarkan bahawa UMNO pun sudah bersedia untuk memberi ‘kerjasama’ kepada PAS didalam apa yang dikatakan sebagai mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya? Sama-samalah kita menantinya….- ingeniur



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

Puteri said...

saya rasa tak percaya dengan mereka.

mereka boleh lakukan apa sahaja.

malah mereka pandai berlakon, jangan lupa, itu fakta.

teringat sewaktu zaman anwar dulu, dari abim diajak masuk umno

AtaihPagaq said...

memang tak pelik pasai hang sama DAP mmg takut tekencin dalam seluaq tapi sesama islam hang la yg perasan baguih,maki sana maki sini,hina sana hina sini,tupasaila bila bukan islam tengok perangai hang depa takut pasai perangai hangpa,hangpa kena paham peribadi tu melambangkan siapa hang yg sebenaqnya,islam tak ajaq caci maki hina carut bla bla bla,tunjuk perangai baik baru buleh tarbiah orang lain..tu la masalah hangpa

AtaihPagaq said...

kalau pas dah x boleh nak tarbiyah org, suruh umno jer la yang tarbiyah. nik aziz kan bodoh, dia tau apa. nanti kalau mak bapak aku mati aku nak suruh najib yang imamkan solat jenazah la. najib la ulama yg sebenarnya. najib la yang mampu terbiyahkan vinsetan, MIC, MCA dan Gerakan. Manib la yang mampu bawa rakyat ke arah islam yg syumul. Lihat saja anak2 dan isteri najib. semua warak2 belaka. itulah contoh seorang bapa dan suami yang boleh jadi pemimpin. Jika keluarga sekecil itu najib dah boleh pimpin barulah dia layak memimpin negara. Hidup najib...!!! najiblah ulama islam terulung...!!!

AtaihPagaq said...

opsss.. lupa satu lagi.. tu hari masa kat kuala selangor kita semua dapat lihat betapa beraninya pemimpin terulung kita ini. Najib dgn slumbernya meletakkan calon dari MIC sedangkan kerusi parlimen disitu adalah kepunyaan umno. Arwah YB zainal bukan india. Disini kita dapat lihat najib adalah seorang yg berani. berani menafikan hak org melayu kerana takut dgn desakan keling MIC. bravoooo...!!!! tengok berapa beraninya pemimpin umno ? bukan macam pemimpin PAS. takut dgn DAP. hi..hi..hi..hi...

Anonymous said...

macam syiahla pulak PAS ni

Anonymous said...

betapa dayusnya orang yang suka klon nick orang lain

Anonymous said...

spt sblom2 ni,
org2 apno ni x brani berdebat secara terbuka n online camni, mereka2 ni biase nye akan menyalak2 cam anjing lepas tu pegi n3 lain nyalak, x menjawab n x brani membidas komen2 n fakta2 yg dikeluarkan oleh pembangkang2. diharap jawab soklan2 sblom2 ni d n3 n3 lain sblom mnyalak kat tempat laen. trime kaseh...

Anonymous said...

komen2 n kebodohan2 org2 ApNo menjawab soklan secara online n live spt di n3 n3 tersebut.

1) 5 TAHUN TIADA AIR : AHMAD MASLAN BUTA AGAKNYA

2)SI BUNCIT JUAL AIR BALANG BUAT LAWAK BODOH

3)MCA KATA IBRAHIM ALI CILAKA

4) SI BANGANG BIDAS SI BANGANG

n banyak lagi yg kalo korang rajin tgk n3 n3 sblom ni cara org2 ApNo bdebat n mnulis, jgn la jawab dgn cara org2 ApNo jwb soklan spt di n3 >>>MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH?<<< jwb la as a pro.

jgn jadi cam menteri2 korang yg bodoh...

aku tgk n3 MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH? byk kali rase klaka plak...org tanye laen, ko jawab laen..pastu jawab ikut nafsu, akai letak lutut, mende fakta xnak terima.

Anonymous said...

HERAN AKU ASYIK DEBAT2 DEMO2,TAKDA BENDA LAINKA PUAK PAS NI,KELANTAN 22 TAHUN PERINTAH TANG TU JUGAK,TAU JUAI BALAK JA,HARAP PAPAN TANDA BESAQ,TAHAP EKONOMI OUT,MODAL INSAN,HAAA MACAM YG SEKARANG KITA DAPAT TENGOK,CARUT,SAMSENG,HINA ORANG,DEMO,GULIN2,HAAA TU LA MORAL YG DIAJAQ MEREKA,DAPAT 2 NEGERI BELAGAK MELEBIH

Anonymous said...

memang lu pro"sak",lu bagi n3 yg memburukkan org,lu la yg jawab,dasar puak perosak ummah,btul cakap si anon tu,dapat 2 negeri berlagak lebih,cakap besar,yg kita mau islam yg sebenar,bukannya islam pas

islam 4 all bukan pas 4 all

pas 4 all tu assobiyah

vell paria said...

Ko faham x maksud assobiyah ni? pa balik ngaji dulu sebelum nak cerita agama.

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Dan ko tau x maksud zalim? jangan ko igt zalim tu pukul org jer plak nanti. ko nak tau maksud zalim ko boleh tanya kat pak ostad ko.

Assobiyah tu mcm umno la bongok...!!! halalkan judi ko sokong...!! halalkan zina ko sokong...!!! halalkan arak ko sokong...!!! halalkan membuka aurat ko sokong...!!! itu namanya assobiyah.. menyokong dan menolong kaumnya membuat salah.. najib x tau jaga anak.. anak dia dok berpeluk2 ddgn pelacur mana ntah.. najib x tau jaga bini.. bini dia x tau tutup aurat.. bini dia dok suka berpeluk dgn jantan yg bukan muhrin... tapi ko tetap kata dia betul.. ko tetap kata dia bagus... itu la namanya assobiyah... faham x bangang..!!!

ko ni jauh lagi nak nak cerita bab agama ni.. bukan aku kata aku ni pandai.. tp ko tu memang bangang teramat2 bangang...!!

Anonymous said...

kesian paria,hik hik hik