Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 21, 2010

WAJAH PEMIMPIN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.

Moral & Iktibar

Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.

Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.

Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.

Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.

Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.

Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. zulmamakpng

Note: Anda pernah tengok "bersamamu tv3"...? Itulah wajah2 yg sering dikunjungi bila tiba pilihanraya. Merekalah yg sering diberi keyakinan bahawa kerajaan Bn sangat2 adil dan saksama. Kerajaan Bnlah yang memberikan mereka sehelai kain pelikat dan 5kg beras disetiap pilihanraya mendatang. 5 tahun sekali itu juga mereka akan dikunjungi oleh "runner2" BN di setiap pelusuk kampung. Di usung walau dalam keadaan tidak berdaya.. diajar mereka cara memangkah BN. Setelah habis mengundi 5 tahun mereka tidak diambil peduli hidup atau mati, makan atau kelaparan. Yang penting hajat mereka untuk memerintah sudah tercapai... yang penting kuasa sudah ada ditangan.. 5 tahun nanti dia akan datang kembali...

Wahai manusia durjana.. pemimpin yang berhati busuk.. jika tidak didunia akan kamu rasakan penangan buatmu diakhirat nanti insyaAllah...



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

vell-gian-aiskrim said...

PAS tu betul2 perjuangkan Islamke sekarang ni?pemimpin PAS sekarang ni ada tokohke memimpin?mahfuz omar?husam musa?nik aziz?..ko biaq betoi,balak dah habeh tebangka?tabung memali dah kosongka?kena mintak derma lagi lagu tu..mahfuz ada p ceramah kat anak dia ka pasai gam ka pa pa ka?jangan buat lawakla bujang sondoi

vell-gian-aiskrim said...

Eh betul ke nik aziz kaki rompak balak.. betul ke tabung memali dah kosong? teruknya org pas ni. kerjanya rembat duit jer. Tapi cuma satu yg aku heran.. org umno ni pun babi jugak. kan ke mahkamah,sprm, polis, askar, bomba, jaga sumua kita yg punya. kenapa tak buat siasatan? Atau sebenarnya cerita ni hanya kelentong dari puak2 umno sial ni? iskhhh... adakah aku yg dah jadi bodoh dibodohkan oleh pemimpin umno yg teramat aku sayangi? sampai hati ko najib tipu aku hidup2.. aku cabar ko najib kalau betul tuduhan seperti yg dah aku katakan tu boleh tak ko tolong cover malu aku. tolonglah suruh sprm siasat mereka-mereka yg aku fitnah tu. kalau ko tak buat bermakna ko memang penipu...!! sama macam aku jugak.. wakakaka..

Lagi satu najib aku nak mintak tolong ko sikit. puas aku kata si mahfus tu tak tau jaga anak. anak dia isap gam. tp bila aku search dalam google bersepah gambar anak ko dengan anak nazri aziz berpeluk-pelukan dgn betina sundal mana ntah. ko ni pemimpin jenis apa yg tak tau jaga anak ni? lagi satu ko tolong la nasihatkan bini ko yang suka berpeluk cium dengan jantan hindustan tu. suruh dia pakai tudung sekali. ko ni suami jenis apa ntah yg tak tau nak tegur isteri.. takut ke?

ikhlas dari penyokong kuatmu.

hidup najib.. hidup umno.. hidup BN.. hidup apco.. hidup israel.. hidup judi.. hidup vinsetan.. aku yg mati...