Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 25, 2010

MALAYSIA MEMANG NEGARA LAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم



Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Kata kaki bodek: krtun boleh ancam keselamatan negara....

Malaysia dah jadi macam kartun juga.Yang punggah duit bawa ke Kanada 3 billion, yang sapu duit komiision kapal selam,yang hilang enjin jet...semua ini tidak mengancam ekonomi dan negara ..hanya kartun yang menjaadi bahan untuk kerajaan merasa takut...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

Anonymous said...

1)

Dua juta pengendali blog bukti kebebasan media

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kewujudan dua juta pengendali blog di Malaysia yang bebas mengkritik dasar-dasar negara membuktikan kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan amalan kebebasan media di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkembangan itu memperlihatkan semua pihak di negara ini bebas melontarkan pandangan dan perasaan masing-masing.

''Perkembangan dan kewujudan media-media alternatif ini terhasil melalui kewujudan perkhidmatan jalur lebar dalam negara," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalannya, Boon Soon membangkitkan mengenai laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat, Freedom House yang bertajuk Malaysia Press Still Not Free.

Rais menjelaskan, laporan sebegitu bersifat subjektif dan ia umpama 'laporan kerusi selesa' (armchair reporting) yang tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam negara.

Buktinya, kata beliau, terdapat 76 akhbar harian terbitan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang seperti Harakah, Rocket dan Suara Keadilan; 151 saluran televisyen satelit; sembilan televisyen siaran percuma dan 53 stesen radio.

Selain itu, menurutnya, kewujudan dan perkembangan perkhidmatan jalur lebar negara pula bakal menyaksikan penyiaran lebih banyak televisyen berlandaskan protokol Internet pada masa hadapan.

Bagaimanapun tegasnya, kesemua pengamal media, di negara ini tetap tertakluk kepada undang-undang, etika dan profesionalisme kewartawanan dan sensitiviti budaya setempat.

''Kesemua media sama ada milik kerajaan mahupun para pemegang lesen (swasta) perlu memastikan kandungan laporan masing-masing mematuhi undang-undang dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm

Anonymous said...

2)

Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu “laporan kerusi selesa”.

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

“Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi,” katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai “tidak tepat”.

Rais berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House.

Rais menafikan perkara berkenaan dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.

Katanya, kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing dan piawaian yang digunakan tidak mengikut budaya rakyat negara ini.

Karlekar sebaliknya, menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Katanya, piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya.

http://www.malaysiakini.com/v6/link.php?http%3A%2F%2Fanwaribrahimblog.com%2F2010%2F06%2F18%2Fkebebasan-media-rais-terus-berkhayal%2F

BEBAS KE KALU KARTUN PON DIHARAMKAN TAPI JUDI DIHALALKAN? ADUYAIIII.......

Anonymous said...

Bebas tubermaksud untuk mereka saja.. maksudnya utusan, BH dan segala media dia yg org boleh tengok kat TV. internet ni sebab dia x dapat kawal tu yg dia dok kata bebas tu. bukan dia kata bebas sebenarnya tp cuma ingin dilihat bebas..huhuhu

PAKAR BATU said...

MALAYSIA HEBAT DAN 1MALAYSIA BOLEH..!

Kita ada raja lawak, raja katak (baham ali) dan raja al-juburi (shyfool).

Sekarang kesemua title di atas dah ada penyandangnyer....seumur hidup pulak tu. hanya jawatan raja lawak tiada penyandang seumur hidup...jadi terpaksalah astro membuat pemilihan semula untuk tahun depan...he3.

Hebat3.....sampai kartun pun ditakuti oleh najibun.

kat Tuhan tak takut ke wahai najibun al-monggoliyyun?