Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 5, 2010

KO NI DAH GILA KE DAH BUANG TEBIAT ?

بسم الله الرحمن الرحيم

K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik

Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - malaysiakini.

Apa punya bodoh la si mr.bean ni buat kenyataan mcm ni. Ushar kakitangan awam sokong kerajaan naikkan cukai barang2 dan perkhidmatan lepas tu naikkan gaji mereka. kira ok la tu kan. Habis tu org yang kerja kilang ni? org yg kerja kebun? nelayan? petani? yang miskin yang merempat ni siapa yang nak naikkan gaji mereka? barang2 jadi mahal, perkhidmatan kena bayar lebih. gaji mereka tetap mcm tu jugak. gila punya kenyataan!!!!



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Uthma-Neo said...

Parah...Budget untuk bayar gaji k/tgn awam dah abis la tuh..

akeynet said...

KENAKAN GST KPD ANDA KEMUDIAN NAIKKAN GAJI ANDA,[ROMPAK DUIT ANDA BERI PADA ANDA.KIRA OKLE TU... APA HAL PULAK ORG KG MCM KOI NI....

Anonymous said...

Aku pernah berbual dgn sorang pakcik kat kampung aku. org kuat umno. aku tanya dia berkenaan kenaikan harga minyak. dia jawab senang jer..

"naik la berapa tinggi pun aku apa peduli.. bukan aku naik moto atau kereta pun.. aku naik beskal jer. klau guna minyak pun cuma nak letak kat rantai jer.. tu pun guna minyak itam kotor jer.. mintak sikit kat bengkel pun org bagi free jer.."

Aku nak cakap jer apa la punya bodoh jawapan ko ni pakcik.. masalahnya klau minyak naik harga semua barang2 keperluan pun akan turut naik harga.. tp mengenangkan dia tu org umno.. sbb salah satu ciri2 org umno dia mestilah seorang yang bodoh.. so sebelum aku panas dan tumbuk muka dia baik aku blah jer....

awejeli said...

Orang kerja kilang kebanyakkan jatuh pada paras miskin tegar.Tak ada orang nak cerita pasal kesusahan kami.

Anonymous said...

Dan disebabkan kenaikan harga minyak maka sebiji kek blackberry akan berharga RM5K

Anonymous said...

Allahuakbar...sesungguhnya, Allah maha berkuasa lagi maha adil..semoga pemimpin itu akan insaf..