Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 19, 2010

PEGAWAI JAIS TAK BELAJAR AGAMA KE ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Khutbah Jumaat selar pihak pertikai sebat pesalah wanita

SHAH ALAM 12 Mac - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah proaktif dengan menjelaskan isu pelaksanaan sebat ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Islam pada khutbah Jumaat di negeri ini hari ini. Teks khutbah bertajuk 'Isu Menghina Sebatan Syarie' yang diedarkan kepada semua masjid itu turut menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tertentu kerana mempertikaikan hukuman berkenaan yang dijalankan pada 9 Februari lalu. Tiga pesalah wanita itu bersama pasangan mereka telah menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah. Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohamad Hidayat Abdul Rani berkata, langkah itu diambil untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini. Menurutnya, jabatan itu mahu masyarakat tahu bahawa tindakan mempertikaikan pelaksanaan hukuman tersebut mengguris perasaan dan sensitiviti seluruh umat Islam di negara ini. Katanya, pihak yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukuman Mahkamah Syariah itu juga menunjukkan mereka tidak menghormati agama Islam
''JAIS melihat khutbah Jumaat adalah saluran terbaik untuk menyedarkan umat Islam tentang isu berbangkit yang berlaku sekarang kerana ia tidak boleh dipandang ringan. ''Khutbah hari ini seperti juga khutbah-khutbah lain bertujuan memberi keinsafan, kesedaran serta mengukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, semakin banyak yang mencabarnya secara terang-terangan," kata beliau.

Beliau memberi penjelasan demikian ketika diminta mengulas mengenai khutbah tersebut yang dibacakan di semua masjid di negeri ini. Sementara itu Mohamad Hidayat berkata, dalam khutbah hari ini, semua fakta berkaitan isu itu dinyatakan dengan jelas agar umat Islam sedar tentang halangan dan cabaran yang dihadapi sekarang. ''Sebab itulah dalam khutbah itu kita menyeru umat Islam mengambil langkah-langkah yang wajar bagi menangani kenyataan menghina Islam antaranya mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam daripada dicabar, dihina dan menghormati keputusan Mahkamah Syariah," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia 12/03/10

Apa Nak Jadi Dengan Jais?

Bagaimana pula Jais boleh mendakwa dan mendabik dada bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan zina yang dilakukan oleh tiga pesalah wanita baru-baru ini sebagai suatu hukuman Islam? Hakikatnya, sudah terang dan jelas bahawa hukuman yang dijatuhkan itu bukan hukuman yang disyariatkan oleh Islam. Apakah pihak Jais boleh berlapang dada sedangkan hakikatnya mereka telah menjatuhkan hukuman sekular tetapi tanpa rasa malu dan bersalah mengatakan ini adalah hukuman dan undang-undang Islam?

Wahai para pegawai Jais, sedarlah bahawa kamu kelak akan dipersoalkan oleh Allah SWT atas apa yang kamu lakukan. Hakikatnya, memang ada pihak yang mempertikaikan hukuman sebat tersebut bukan kerana dorongan keimanan dan ketakwaan. SIS dan sekutu-sekutunya nampaknya termasuk dalam golongan ini, namun apa yang dilakukan oleh Jais itu sendiri sememangnya salah kerana persoalan zina itu adalah persoalan hudud yang bentuk hukumannya telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh itu, sebagai golongan yang terbabit dengan urusan agama Islam, pihak Jais perlu lebih telus dan berani mengatakan perkara yang hak itu sebagai yang hak dan perkara yang batil itu sebagai batil. Faktanya, 100 kali sebatan untuk kesalahan zina adalah hak yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah manakala 6 kali sebatan untuk kesalahan zina itu adalah batil yang bersumber dari perlembagaan kufur Lord Reid . Jais seharusnya melakukan usaha agar undang-undang Islam yang berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah diterapkan - bukannya 'undang-undang syariah' sekular sedia ada sebagaimana yang telah diinginkan pemerintah sekular hari ini dan seterusnya tanpa rasa bersalah terus mempertahankan undang-undang thaghut ciptaan manusia. Nampaknya Jais telah terkeliru.


-- jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

15 comments:

Kulub Asli said...

JAIS = JAbatan Iblis Setan

Aishah Malik said...

assalamualaikum saudara bujang susah. saya tidak la sehebat mana pegangan agama, tetapi saya terpanggil untuk meninggalkan komen di sini. pada pandangan peribadi, saya kurang bersetuju dengan hukuman sebat yang dikenakan. mungkin ketiga-tiga pasangan ini kurang bernasib baik kerana tertangkap melakukan kesalahan ini dan dihukum sebat. ya memang mereka melakukan kesalahan, dan wajar dihukum, tapi hukuman yang dikenakan mestilah setimpal dengan hukuman yang berlandaskan syara'. meaning kalau betul nak buat hukuman berdasarkan hukum hudud, untuk yang belum berkahwin, 100x sebatan, kalau dah berkahwin, rejam sampai mati kan, tapi Malaysia tak melaksanakan hukum hudud, jadi kenapa nak aplikasikan sebatan? saya rasa baik kalau tukar jadi hukuman lain.. sorry to say, perkara melibatkan nafsu sememangnya takkan mampu dibendung, baik segala jenis nafsu serakah ke, nafsu makan ke, semua la.. memang kat mana2 semua ada.. keberkesanan sebatan untuk menghentikan zina ni memang tak efektif la.. sekian, terima kasih.

windi said...

Apa khabar kes model sambilan kartika tu? 3 orang da di sebat. sorang lagi belum pasti. Adilka?

Unknown said...

kenapa malaysia tak melakukan hukuman hudud jer seperti di arab..jawapannya,mungkin mereka takot jika mereka pun akan terima hukuman hudud jika disabitkan bersalah..kalau malaysia menjalankan hukuman hudud,insyaallah jenayah dapat dikurangkan..setakat penjara saje,xcukup..!!!

Anti-JAIS said...

JAIS= wtf is wrong with you

Unknown said...

cik ecah, sila ambil maklum. dengan mengatakan hukum hudud tidak efektif adalah sama dengan mempertikaikan hukum islam.

tahukah anda, islam lah yang mengeluarkan puak jahiliah dari kejahilan mereka, membentuk bangsa berakhlak mulia, berbudi pekerti, taat kepada hukum Allah dan meninggalkan laranganNya.

memang yer, nafsu amat sukar untuk dikawal apatah nafsu semulajadi iaitu keinginan melakukan seks. that why kita dikurniakan akal untuk mengawal perilaku. dan hukum yang ditetapkan adalah berfungsi sebagai penebat dari kita terus terjebak ke gejala maksiat. Tak kah anda terfikir, hukuman sekular yang kita amalkan sekarang telah menghasilkan buah busuk yang tiada kesudahan; gejala sosial, pembungan bayi, zina, ragut, tipu dusta dan bla bla bla bla.....mengapa?

tepuk dada dan tanya minda....

pelajar undang2. said...

fakta: malaysia tidak melaksanakan hukum hudud. kesalahan hudud ada 7.
1.zina 2.qazaf 3.minum arak 4.mencuri 5.merompak 6.pemberontakan 7.murtad.
Kita tidak boleh salahkan JAIS. mereka tiada kuasa utk melaksanakan hudud kerana tiada undang2 bertulis di malaysia yg membenarkan pelaksanaan hukuman hudud.
mereka bertindak mengikut enakmen undang2 syariah negeri.
selagi undang2 negara tercinta kita ni xdiubah dgn membenarkan pelaksanaan hudud&qisas, selagi tu tidak boleh dilaksanakan hudud.

Anonymous said...

Cik Ecah: Kenapa cik macam begitu bersetuju jika Malaysia tidak melaksanakan hukum hudud? Adakah cik nak melawan agama Islam...? Muhasabah diri sikit ye. Jika kita berada di tempat kerja, kenapa boleh saja kita mengikut undang2 yg dibuat oleh manusia..apatah lagi kita yang berada di Bumi Allah, mengapa tak boleh ikut undang2 yang ditetapkan Allah dalam al-Quran. jgn sesekali tanya keberkesanannya terhadap negara jika kita tidak berfikir secara waras,,apa yang telah Allah tentukan pasti ada hikmah disebaliknya. begitu juga dengan penciptaan cik ecah,,pasti ada hikmah kamu lahir di dunia ini..Lagipun, buat pengetahuan cik ecah, hukuman sebat mengikut Islam bukan sama macam yang barat punya...sampai berdarah punggung. sakit Sebatan itu dilakukan sekadar untuk memberi pengajaran kepada pelaku dan orang di sekeliling kerana proses sebatan Islam dilakukan di khalayak ramai. bukannya sampai berdarah. Islam bukan sekejam itu...dan pesan saya lagi, jangan kamu pertikaikan hukum Allah kerana Allah pasti akan membalas perbuatan kamu. Jika saya terkasar bahasa dan tersalah bicara, harap dimaafkan.

Anonymous said...

masalahnye sekarang,kerajaan dah tetapkan negara kita bukanlah negara islam, even majoriti dlm ngara ni ramai orang islam.
ramai orang yang dikelirukan dengan fahamn bahwa undang2 islam hanyalah untuk org2 Islam jer,dan x terkne ke atas orang2 kafir,

sedangkn berdasarkn ayat2 alquran dan hadis yang bgitu byank menyentuh persoalan hukuman ke atas islam n org non muslim.
ternyata huku Allah tu adalah wjib dilksanakn ke atas semua mnusia.

kat akhirat nt Allah akan tnye stiap apa yang kita buat, knpe tak ikut hukum Allah? ape kita nk jawab bila berhadapan dengan Allah Yang Maha Berkuasa tu,,
astagfirullah...

Puteri said...

ok..mmg JAIS xde kuasa nk lksanakn hudu kalu Msia xubh FC (federal consti)nya sbb FC tu yg trtiggi dlm ngara.

tp bulehknnnn pangkah Bulannnn

Klantn nk wat hdud..undg2 Islam...
spe yg hlg?

sapie mugen 30 said...

cik ecah ni mmng mangkok ayun!!!
ckap x serupe bikin..otak letak kat lutut!!
bengong ni mesti keje dng umngok bongok!!kah9!!

Anonymous said...

Hukum hudud adalah hukum Allah yang semua orang Islam kena terima. Kecuali dia telah murtad.

Cuma pada pandangan saya usaha yg dibuat oleh JAIS adalah baik walaupun tk sempurna. Bayangkan jika sebenar hudud dibuat macamana penerimaaan masyarakt sekarang, ni baru sebat skit pun mereka dh pertikai.

Ini kerana kebanyakkan masyarakat kita termasuk yg beragama islam tidak faham mengapa hukum hudud dibuat. ia satu hukum yg benar-benar memberikan keinsafan dan dapat membersihkan keturunan dari menjadi masyarakat yg hancur. Contoh apa akan jadi kepada masyarakt yg melahirkan banyak anak haram. Apa akan jadi pada bangsa tersebut.Sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada peradapan di dalam masyarkat tersebut.

Cuma apa yang penting di dalam membuat Sistem Hukum Hudud Secara Total masyarakat perlu disedarkan terutama masyarakat Islam, pintu maksiat ditutup, sumber maksiat seperti majalah lucah, filem lucah dll perlu dibanteras habis-habisan. Penutupan aurat perlu dilakukan dan pergaulan bebas lelaki, perempuan samada ditempat kerja dll perlu dipisahkan.

Jika sistem ini dilakukan dengan sebaiknya barulah layak hukum hudud dilaksanakan. Sebab itu bukan semudah itu untuk Hukum Hudud ini dilaksanakan kerana ia memerlukan perancangan negara Islam yang tulen. Jika tidak orang bukan bukan islam malahan yang islam akan mengutuk mengatakan Hudud itu zalim.

Wallahua'lam.

Miss Rara said...

Assalamualaikum~

Saya pun terpanggil nak nyatakan pendapat saya walaupun entri ni dah lama dah. Hehe.

Kita memang wajib laksanakan hukum Allah tu atas semua orang. Contoh dalam kes zina, bagi pasangan yang belum kahwin, kena sebat 100 kali.

TETAPI, hukum sebat yang negara kita laksanakan adalah salah. Tak kena. Dalam Islam, kalau kita nak sebat orang, kita tak boleh tunjuk aurat pesalah tu depan orang ramai. Tapi kalau di Malaysia, tengoklah macam mana depa sebat. Yang saya tau, depa sebat pesalah kat luar.

Lagi satu, dalam Islam, kita tak boleh sebat sampai teruk macam tu. Tengoklah macam kes kat atas ni. Baru sebat 6 kali, tapi punggung tu macam dah nak hancur dah. Kalau kita sebat 100 kali, entah entah dah takdak dah punggung tu. Tu yang segelintir orang kita tak setuju dengan hukum hudud. Sebab hukuman nampak kejam sangat. Tapi sebenarnya depa salah. Kalau nak sebat, sekali sebat tu bukan dibuat dengan sepenuh hati dan sekuat mungkin sampai nak hancur punggung kawan tu. Tapi kita sebat biasa biasa ja tapi 100 kali. Sebat biasa biasa tu tak tau lah pulak kadar biasa tu macam mana. Tapi yang pasti, 100 kali tu, punggung masih dalam keadaan elok lagi. Sebab kita sebat bukan untuk mencederakan, tapi untuk memberi pengajaran.

Wallahua'lam

anamichi said...

assalam mualaikum

kalau x tahu bab agama tak perlu memberi komen tentang hukum hudud
dalam hukum islam kalau tak tahu jangan cakap sebab setiap percakapan kita akan menyebabkan kita fasik dan murtad
pandangan peribadi dan bukannya ilmu itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk menetukan sesuatu tindakan
cik ecah beristgfar banyak-banyak kerana kenyataan cik ecah dengan mengatakan hukum hudud yang di tetapkan oleh Allah dalam alquran itu tidak sesuai.
sila rujuk ustaz kembali untuk kembali menjadi muslim sejati.

Unknown said...

sebenarnya apa yang diperkatakan oleh admin blog ini ada benarnya. bukan nak menegakkan benang yang basah. Saya sangat kecewa dengan mentaliti katak dibawah tempurung masyarakat melayu sekarang trus memandai menghukum seseorang tanpa menyiasat dahulu. DENGAR PENJELASAN NIE BAIK2, KALO XYAKIN RUJUK HADIS DAN AL-QURAN. HUKUM HUDUT MENETAPKAN HUKUMAN SEBAT 100 KALI KEPADA PENZINA YANG BELUM BERKAHWIN BETOL? MASALAHNYA DISINI ADAKAH HUKUMAN SEBAT YANG DIJALANKAN OLEH JAIS TU BETOL2 MENGIKUT SYARAQ??????? JAWAPANNYA TIDAK. APA YANG DIAPLIKASIKASIKAN OLEH JAIS ADALAH HUKUMAN SEBAT YANG DITETAPKAN OLEH PENJAJAH. CUBA KAMU SEMUA PK ISLAM MEWAJIBKAN UMATNYA MENUTUP AURAT. TP KENAPA TIME KENA SEBAT DI MALAYSIA, PESALAH PERLU BERBOGEL? DAN DARI SEGI PERUBATAN SEBAT DIBAHAGIAN PINGGUL AKAN MENYEBABKAN SISTEM PERANAKAN AKAN GAGAL.DAN KALAU LELAKI KEUPAYAAN SEKSNYA AKAN HILANG. INIKAH YANG DIAJAR OLEH ISLAM. TENTU TIDAK BUKAN? INI ADALAH MUSLIHAT ORG KAFIR UNTUK MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM. DAN TANPA SEDAR ANDA TELAH MEMPERJUANGKANNYA. PENGAJARANNYA DISINI JGN MENGHUKUM TANPA NENYIASAT. WALALLAHUA'LAM. YANG BURUK DARI SAYA DAN YANG BAIK DARI ALLAH.