Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 26, 2010

CERDIK TAPI BANGANG...

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih mahu berdalih

Dia kawan baik yang baru kenal. Pesara jabatan kerajaan. Knowledgeble (isy! Terspeaking lak. Berpengetahuan tinggi). Selalu datang makan di kafe kami, dia suka makan cekodok.

Sembang punya sembang rupa-rupanya dia umno. Aku tak kisah sebab bagi aku dia ada alasan yang cukup kuat untuk dia percaya dengan parti itu. Ini analisis aku. Bukan macam sesetengah mangkuk yang sokong umno tapi nak huraikan umno tu apa pun menggelupur babi tunggal. Hujah dia ilmiah tentang peri pentingnya Islam ditegakkan di Malaysia tapi (ada tapilah) Islam Melayu..konsep Islam Melayu kata dia. Dan fakta2 yang diberikannya cukup bagus. Aku akui betul tapi sayangnya ia hanya fakta. kalau betul umno buat begitu memang baguslah, tapi hmmmmmmmmmmmhh!..

Kadang-kadang point dia sealiran dengan aku. Dia kata Anwar gini, Nik Aziz gitu, politik Hadi Awanglah bagus apabila mengkritik MP Australia yang mempersoalkan badan kehakiman Malaysia. Dengan suasana mesra aku membetah dia..

Dia : Nik Aziz orang Kelantan, kau taulah orang Kelantan ni dia punya kenegerian huh! Hj Hadi bagus, mengapa mesti orang luar masuk campur akan sistem kehakiman kita? Anwar dulu pun tak buat apa-apa masa Tun Salleh Abas dipecat Mahathir? Mengapa sekarang sebok lawan kerajaan?

Aku : Mengapa marah Anwar yang tak buat "apa2" tetapi diam terhadap Mahathir yang "buat apa2'?

dia tersengih.."bagi teh o ais lagi satu!"
Dia : Lihat apa jadi bila DAP ambil Penang? Kg buah Pala kacau bilau..tanah Melayu dah dipenuhi Cina! DAP tahu asal dari mana?

Aku : Tahu..PAP (People Action Party) Singapore. Tapi bang, DAP baru perintah 2 tahun. BN perintah 50 tahun lebih hinggakan tanah Melayu tinggal 3% di Penang. Hanya tinggal Balik Pulau. Waktu itu kerusi umno lebih banyak tapi mengapa beri pada Gerakan? Siapa yang khianat Melayu?

Dia ;... (diam) Ku Li satu hal. Konon sebok dia yang terlibat waktu perjanjian petronas dulu. Bila Kerajaan jawab "mengikut undang2 jika minyak berada 3 batu nautika luar pantai Kelantan, maka itu bukan hasil Kelantan." Mana dia nak sorok muka?

Aku : Oh ya! Itu tercatat dalam Akta ordinan Darurat 1969 yang mengatakan sempadan Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai.

Dia : Ha yelahh!

Aku : Tapi dalam Akta Ordinan Darurat 1979 menyebut bahawa 'Akta Ordinann darurat 1969 dengan ini terbatal". Maknanya undang2 tu dah mansuh bang!'

Dia : Eh! Takkanlah kerajaan nak tipu begitu? kalau ada dokumen boleh saya tengok..

Aku : Sekarang takde, tapi abang boleh cari atau surf di internet.

Dia tak menjawab tetapi untuk menyedapkan hati dia hanya berkata, "isy! mmacam2 politik ni.."


Kemudian kami terus membebel2 pasal moral sehinggalah kejadian pecah rumah yang semakin berleluasa di kediaman persekitaran kami. Kami menceritakan pengalaman kami bagaimana kedai aku tahun lepas dimasuki pencuri. Begitu juga dia menceritakan perihal kejadian di rumah adiknya.

Dia : Pencuri ni patut ditembak je, geram betul. Orang susah2 cari rezeki dia senang saja rompak. Kita berasa tidak aman.

Aku : Selagi manusia rasa angkuh dan mengaku lebih pandai dari Allah selagi itulah kacau-bilau berlaku. Allah dah bagi penyelesaian dah tentang bagaimana nak cegah kecurian ni dalam Al Quran, siap dah semua. Dia menciptakan manusia maka Dia tahulah cara nak menyelesaikannya tapi kita tak mahu mengaku. nama Dia kita nak pertahankan tapi hukum Dia tak mahu! hudud, Qisas dan takzir dah ada dalam Quran.

Dia tersenyum, manis..
- kulupSakah


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

wawan said...

mantavv!
nice posting!

TUKANG KATA said...

mantap sekali perdebatannya..
;)

ainhany said...

SETUJUUUUUUUUUUU

berpikiq sebelum berbicara..
ada otak pakai
ada ilmu guna

pilih pemimpin yg mjadikan ISLAM sbg
perlembaggaaan..

setapa said...

Haa..orang tu lupa kot.Yang dia marah sangat kat pencuri tu apa pasal.Yang merompak lagi besar harta negara dia tak kisah.Pergi la tangkap.Gajah punya la besar tak nampak tapi kuman nampak pulak.Memang tak reti saya dengan perangai manusia ni.

Anonymous said...

haha...
aku suke bersembang dgn org UMNO yg ada otak n akai camni,
tapi susah nak jumpe org camni,
yg ramainye ade otak xdek akai.
yg dah memang taik kaw UmNgoK dah xleh dibentuk n xkan trima ape yg kita ckp walopun mende tu terang2 die salah.
nape jadi camni?
sebab dorang blaja ngan usatazah salah a ni-ustazah mashitah!

hehehe...

-gorgon1383-

Anonymous said...

haha...
aku suke bersembang dgn org UMNO yg ada otak n akai camni,
tapi susah nak jumpe org camni,
yg ramainye ade otak xdek akai.
yg dah memang taik kaw UmNgoK dah xleh dibentuk n xkan trima ape yg kita ckp walopun mende tu terang2 die salah.
nape jadi camni?
sebab dorang blaja ngan usatazah salah a ni-ustazah mashitah!

hehehe...

-gorgon1383-

BeLOya2U said...

best jugak post yang ni.. selama ni aku baca je.. menakutkan apa yang dibicara dalam ni.. kejadian pengambil alihan tanah pulau pinang ni lebih halus daripada yang berlaku kat saudara kita di palestin.. ini yang aku nampak kat sibu sarawak.. kuching sarawak.. generasi baru sarawak diharaplah sedar dengan fenomena seperti ni... amin..