Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian. com.my
Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.
Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian
SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.
Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.
Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.
"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.
Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.
"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.
"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.
Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
pengajaran kepada budak tu supaya buat perangai elok2 skit.
salam...
huhhh..budak2 skrg kan,makin kurang ajar...x boleh beza kawan ngan org tua..dah x ader hormat..kalu sy pun sy sepak kot...
pelik kan,mak bapak budak tu apa lah pkr n tindakan dia kan...
alah tampar je....bkn mati pun.kita dulu lagi kena rotan bagai..!
Rasanya klau nak mengajar pun bukan mcm tu kot.. sbb klau mcm tu bukan budak jadi lagi baik tp budak lagi benci kat guru dan mereka jadi semakin liar. klau anak kita mcm mana.. kot yer nak tampar pun jgn la sampai bengkak mcm tu. tu nak melepaskan geram namanya.. bukan nak mengajar. Lagi pula yg buat tu di gelar sebagai pendidik.. ustaz plak tu.. mcmana nak tunjuk teladan pada murid2 dan masyarakat. wallahualam.
ko per tau....dok jer kat umah bleh lah ckp mcm tu.....cikgu2 dah cukup tertekan dgn perangai bdk2 sekolah skang ni tau....mak bapak kuang ajau anak2 pun sama lah.....kalau setakat anak2 x bleh nak jentih n rotan...x payah antau sekolah....dok umah lg baik....kena paham sikit bro apa tu modal insan...
Terpulang laa,, ko cakap pun ko bukannya cikgu pun. maksud aku nak pukul budak pun biar dgn niat mengajar.. bukan main sepak terajang sesuka hati.. aku xder anak.. tp aku ramai anak buah. aku pun marah klau dia buat kurang ajar pada cikgu dia.. klau cikgu dia bgtau kat aku, aku akan suruh cikgu dia tu ambil tindakan termasuk merotan dia.. x kisah la kalau sampai birat pun punggung dia.. aku pun nak tumpang sekaki rotan dia sama.. tp bukan main sepak terajang mengikut nafsu amarah. Aku tau laa.. tgk muka budak tu pun aku rasa mmg dia tu jenis yg nakal serta cempiang akau. Kalau nak ikut rasa marah aku pun siap tinju siap silat tomoi gusti dan macam2 lagi. Tapi yang salahnya kat sini ustaz tu bedal budak tu sesedap rasa jer.. cikgu kan digaji untuk kasi budak yg jahat jadi baik. kena la banyak sabar, x boleh emosi. Tapi ni bukan mengajar namanya.. ntah malam2 x dpt nak adjust rasanya kot.. tu yg lepaskan geram semacam jer tu. apa gunanya jadi ustaz klau x boleh didik budak2? budak2 yg mcm tu la yg perlukan bimbingan.. klau dah semuanya budak2 dah baik dan pandai xpayah la ada sekolah serta guru.Klau x boleh tahan sabar, kalau asyik nak emosi jer berhenti jer jadi cikgu.. masuk jer WWF, jadi wrestler.. memang kijenya bantai org jerr... nak tgk sape yg KO dulu, try laa.. hehehhee
Post a Comment