Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 14, 2009

Shaikh Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Jibrin telah meninggal dunia



Dari `Abdullah Bin Amru bin al-A's radiallahu `anhu:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama' sehingga jika tidak ada lagi seorang `alim pun maka manusia akan mengangkat juhalaa' (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [Sahih al-Bukhari: 100 dan Sahih Muslim: 2673]

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Seorang demi seoran ulama meninggalkan kita. Semalam, Isnin 13 Julai 2009, Shaikh Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Jibrin telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang ulama pembela tauhid, penegak sunnah, penghancur syirik dan pemusnah bid'ah yang amat masyhur diseantereo dunia. Buku-buku beliau dibaca, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Gambar di atas memaparkan sebuah buku kecil beliau yang amat popular di Malaysia dan Indonesia yang menerangkan secara ringkas tatacara Solat Jenazah.

Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali. Ini adalah janji Allah buat kita semua. Buat pembaca INTIS Online, kesedihan kita di atas kematian Shaikh Ibn Jibrin rahimahullah hendaklah disertai dengan satu keazaman yang kuat. Apalah nilainya tangisan dan kesedihan kita seandainya kitab-kitab beliau yang di dalam Bahasa Arab dan yang sudah diterjemahkan tidak kita manfaatkan?

Sesungguhnya para ulama' yang telah kembali ke rahmatullah telah meninggalkan dunia ini. Mereka tidak meninggalkan dunia ini tanpa warisan. Para ulama' ini mewariskan kitab-kitab mereka, tulisan-tulisan mereka, fatwa-fatwa mereka untuk kita mengambil faedah daripadanya.

Persiapkanlah diri kita, telaahlah kitab-kitab ulama', supaya kita tidak menjadi insan yang hanya tahu menangis dan menitiskan air mata sahaja ketika satu demi satu ulama' pergi meninggalkan kita. Manfaatkanlah khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para ulama' ini.

Tulisan-tulisan dan fatwa-fatwa Shaikh Ibn Jibrin boleh dibaca di laman sesawang beliau: http://ibn-jebreen. com/index. php

ADMIN INTIS Online.

Baca di bawah berita kematian Shaikh Ibn Jibrin rahimahullah:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berb
agai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."

Telah kembali ke rahmat Allah Ta'ala guru kita, imam kita, seorang yang kita hormati, al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibreen pada pukul dua selepas waktu Zohor pada hari isnin 20/7/1430H dan akan disolatkan jenazahnya pada waktu Zohor esok hari, selasa, 21/7/1430H di Masjid al-Imam Turki bin Abdullah, Riyadh dan akan dikebumikan di perkuburan al-'Aud.

Kita memohon kepada Allah supaya merahmati beliau dan mengurniakan kepada beliau sebaik-baik ganjaran, serta menempatkan beliau *di syurga Firdaus yang paling tinggi darjatnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan mampu untuk melakukannya.

Dan daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Sumber Arab


Terjemahan oleh Saudara Arif Arifin

Berita dari IslamOnline:

Ringkasan serta terjemahan berita dari islamonline oleh Ustaz Kamin.

Riyad – Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin, bekas anggota Ulama' Senior telah meninggal dunia pada hari Isnin (13 Julai 2009) di King Faizal Specialist Hospital, Riyad, setelah menghadapi sakit yang berpanjangan.

Beliau yang berumur 76 tahun telah meninggal dunia jam 2:15 petang, dan jenazahnya akan disolatkan pada hari Selasa, 14 Julai 2009 di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyad.

Baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan jantung terbuka di Riyad dan telah di pindahkan ke Jerman, sebelum pulang ke Riyad bulan lepas bagi menghabiskan rawatannya.
Walaupun berita melaporkan keadaan kesihatan beliau yang semakin baik, namun demikian pada jam-jam terakhir menunjukkan kesihatan beliau menurun sehingga membawa kepada kematiannya.

Syiekh Ibn Jibrin merupakan ahli Senior Ulama' Saudi, ceramah beliau mendapat liputan meluas di media cetak, TV dan dikalangan akhbar-akhbar. Beliau sangat kuat mempertahankan umat Islam dan Ahli Sunnah, dan fatwa-fatwa beliau dianggap oleh setengah-setengah pihak sebagai radikal, terutamanya serangan beliau terhadap Syiah. Beliau mengajak umat Islam menyokong Ahli Sunnah di Iraq, dimana beliau mensifatkan mereka terdedah kepada serangan ganas Askar pro-Iran.

Beliau merupakan ulama Saudi yang paling menonjol didalam seruan beliau menyokong Gaza, dan mengutuk keganasan Israel, dn terakhir beliau mendapat sokongan seramai 54 ulama' Saudi, mengeluarkan fatwa pada bulan Januari yang lepas, yang diantara fatwa tersebut melarang apa-apa usaha perdamaian bertujuan menegakkan hak Yahudi di bumi Palestine, dan melarang mewujudkan hubungan dengan Israel.

Terjemahan Ustaz Kamin

http://intisonline. com



0 comments: