Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, July 13, 2009

Apa Alasan Muslimah Tidak Menutup Aurat..?



Sumber http://pmiupm. org

Seringkali kita menjadikan pakaian sebagai alasan yang menghalang sesuatu kerja dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan banyak peraturan yang ditetapkan, kononnya untuk kemudahan bersama. Contohya:

1- Dalam bidang sukan, para atlet diwajibkan memakai baju yang sesuai dengan peraturan yang digariskan. Memakai seluar pendek dan baju ketat, terutamanya yang menampakkan aurat wanita, dianggap sebagai dapat membantu sang atlet berlari dengan lebih pantas... Buktinya, alasan ini meleset sama sekali apabila seorang muslimah dari Bahrain telah mendapat tempat pertama dalam acara pecutan semasa Sukan Asia Edisi yang terkini. Sedangkan umum sudah mengetahui bahawa pakaian yang dipakai oleh Ruqayyah al-Ghasara sudah jelas menutup aurat dari ujung rambut, hingga ke hujung kaki.

2- Seorang staf di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur telah diberhentikan kerja hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan undang-undang larangan memakai tudung. Persoalannya, adakah dengan memakai tudung, maka kerja kita akan terganggu?

Di Iran, polis wanita juga diwajibkan memakai tudung bagi yang muslimah. Kita lihat saja gambar-gambar di bawah, bagaimana muslimah yang memakai pakaian yang lengkap, tidak terhalang untuk melakukan latihan kepolisisan. ...

Fikir-fikirkanlah duhai saudari yang kukasihi kerana Allah, apa yang menghalangimu untuk menutup aurat dengan sempurna dan berhijab?






















1 comments:

sang kegelapan said...

Semua yang Allah buat baik..manusia ibarat kuntuman daging merah menyaluti hening..