Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 22, 2009

Tidak Yakinkah Kita Akan Janji Allah ?

Assalamualaikum

Entry ini ku tujukan khas buat teman2 yg memerlukan semangat dari seorang yg bernama sahabat. Bukan harta mengunung yg mampu untuk ku saluti kekeciwaanmu. Tidak jua cebisan kertas lembut yg bakal mengusap titisan airmatamu. Aku jua manusia sepertimu. Terkadang dugaan begitu hebat meruntun kesabaran. Namun percayalah.. Yakinlah dengan janji2 Allah jika kita seorang yg beriman. "Setiap kesusahan ada kesenangan pada akhirnya" dah Allah sentiasa bersama2 kalian yg sabar..insyaAllah.. wallahualam.

Allah Memandangmu Dengan Kasih Sayang.

59. Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh mahfuz) yang terang nyata. (Al-Anaam)

Saya suka sekali menggunakan kata-kata ini untuk menggambarkan kekuasaan Allah- setiap darah yang mengalir, setiap jantung yang berdegup, setiap hati yang berdetik dan setiap nadi yang berdenyut sentiasa dalam pengetahuan Allah. Dan tiada gugur sehelai daun pun melainkan dalam pemerhatianNya.

Segalanya dalam pemerhatian Allah. Kalau kita fikirkan, betapa sibuknya Pencipta kita ini kan. Ye la, segalanya dia kena kontrol, dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besarnya. Tapi itulah Rabbul Alamin. Tuhan semesta alam. Dia bebas dari bersifat lemah. Jika lemah, maka di mana sifat Maha Kuasa pencipta kita ini? Jika lemah, sama lah dia dengan makhluk ciptaanNya, sedangkah Allah itu bersalahan daripada yang baru. Mana mungkin Pencipta sama dengan benda yang dicipta. Secara logiknya, adakah sama pencipta kapal terbang dengan kapal terbang yang diciptanya?

Setiap apa yang berlaku telah tertulis dan tercatat dalam Luh Mahfuz.

Tetapi kita, bila diuji dengan sesuatu yang menyentap jiwa, kita terus meratap tangis. Kenapa Allah timpakan kesusahan ini? Kenapa kita yang terpilih bukan orang lain? Apa dosa kita? Adakah Allah tak sayang pada kita lagi? Mengapa mesti terjadi macam ini?

Sedangkan kita tidak sedar, tiap ujian yang Allah turunkan itu lebih banyak yang positif daripada yang negatif jika kita berfikiran panjang dan terbuka

Situasi yang paling senang ialah putus cinta. Untuk apa kita meratap tangis hubungan yang tidak menjadi itu? Untuk apa kita berduka lara? Kalau kita pandang dari sudut lain, kaji keserasian kita dengan pasangan, kaji perangai pasangan, adakah sesuai kita bersamanya?

Dan selepas berfikir secara waras, dan berlapang dada, rupanya perancangan Allah adalah yang terbaik. Kita diberikan pengganti yang lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang yang lebih menyayangi dan menghargai kita berbanding pasangan kita yang sebelum ini. Nah, lihatlah kasih sayang Allah. Hanya mereka yang berfikir dapat merasainya…

Segala yang berlaku adalah kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah kejam pada hambanya. Tiap ujian dan dugaan yang diturunkan adalah untuk menguji hambanya. Jika tidak, untuk apa syurga dan neraka dicipta?

Setiap ujian adalah untuk melihat tahap kesabaran kita. Melihat cara kita menangani masalah. Adakah kita mengikut hawa nafsu atau berpandukan pada logik akal? Adakah kita melihat tiap masalah yang datang adalah satu beban atau sentiasa berlapang dada dan menganggap tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik yang berlaku.

Seperti yang Allah sentiasa janjikan, setiap kesusahan yang kita hadapi, Allah janjikan kesenangan selepas itu. Rujuklah surah Alam Nashrah. Dua kali Allah tegaskan. Sesungguhnya selepas setiap kesulitan, ada kemudahan. Yakinlah dengan janji Allah. Kuatkanlah segala pergantungan hanya padaNya. Kerana hanyaDia yang memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam diri kita.

138. (Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Imran)

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran)

Nabi Muhammad sentiasa dipujuk dengan Al-Quran. Kenapa tidak kita juga contohi junjungan besar kita ini? Tiap kesusahan dan kesulitan, tiap resah gelisah yang menghambat jiwa, dapat diubati dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tiap ayat yang terkandung dalam kitab suci ini adalah pengubat dan penenang jiwa. Tenanglah jiwa yang membaca dan menghayatinya dengan penuh keikhlasan. Damailah jiwa yang memahami serta mengkaji dengan penuh kerendahan hati.

Tiap ujian yang mendatangi kita, kita hadapi dengan berlapang dada dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Fikirkan segala kesan positif daripada setiap kejadian yang berlaku. Musnahkan segala bayangan negatif. Sesungguhnya bayangan negatif dan segala syak wasangka hanyalah berpunca dari syaitan.

Orang yang beriman tidak akan lemah dan longlai dengan ujian. Kerana mereka tau, ujian adalah tanda Allah mengasihi mereka. Tiap ujian yang datang, mungkin ada sesuatu yang kurang dalam diri mereka. Mereka akan berusaha lagi untuk memperbaiki diri. Kerana bagi mereka, setiap ujian dan kesusahan adalah berpunca dari mereka sendiri. Mungkin hati mereka lalai dan Allah sampaikan ujian itu untuk menyedarkan mereka.

Kehidupan ini terlalu indah untuk kita biarkan begitu sahaja. Kelalaian akan membawa kepada kemusnahan.

p/s-Untukmu…Perjuangan itu manis biarpun bergelora. Orang beriman itu, tidak gentar dengan kutukan manusia tapi takut dengan kutukan Allah.