Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 27, 2009

Sumbangan

Assalamualaikum. .

Saya mewakili pihak surau Al-Furqan, Flora 2, Seksyen U5, Shah Alam memohon sumbangan untuk Dana pembinaan surau sementara untuk penduduk di Flora 2 dan sekitarnya.

Kos pembinaan surau ini datangnya dari kutipan dari ahli-ahli persatuan penduduk, namun jumlah nya masih tidak mencukupi.
Surau yang sediada sekarang tidak dapat menampung kehadiran jumlah jemaah yang semakin ramai khususnya di bulan Ramadhan kelak. Surau yang berstatus kekal yang dijanjikan oleh pihak pemaju perumahan sehingga kini masih gagal menyediakan kemudahan tersebut.


Sumbangan boleh disalurkan terus kepada wakil surau Al-Furqan atau terus ke dalam akaun ‘Surau Al-Furqan’ (Bank Islam (M) Bhd akaun no. 12038010076102) .

Mudah-mudahan segala sumbangan ikhlas Ybhg Dato/Datin/tuan- tuan dan puan-puan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Sila rujuk http://PangsapuriFl ora.wordpress. com utk gambar

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Azelin b Wah Minon
0176909328
Wakil pihak surau Al-Furqan, Seksyen U5, Shah Alam

p/s
Anda juga boleh memaklumkan kepada HAMDAN BIN HASHIM
(Pemangku Pengerusi Surau Al-Furqan)-melalui email hamdanh@plccf. com.my, sekiranya anda telah membuat sumbangan.


"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)

0 comments: