Assalamualaikum wbt
APA ITU SKIM BERKAT?
Skim Berkat merupakan salah satu produk Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diperkenalkan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Salah satu alternatif termudah yang ditawarkan kepada para pekerja umat Islam bagi pembayaran zakat.
Ia tidak terhad kepada pembayaran zakat pendapatan semata-mata malahan boleh ditunaikan pelbagai jenis zakat harta yang lain seperti zakat simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat saham, qadha zakat dan sebagainya.
KINI SEMAKIN MUDAH...
Selain mengisi borang secara manual, skim berkat kini boleh menerusi online. Borang Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji (Skim Berkat) ini boleh didapati di portal LZS, www.e-zakat. com.my/skimberka t.
Sila isi maklumat anda pada borang maya tersebut. Seterusnya, 3 salinan dicetak untuk simpanan majikan, pembayar dan salinan LZS. Mudah, semuanya selesai!
Secara tidak langsung, membantu pembayar zakat yang sukar mendapatkan BORANG SPG.
Insyaâ€(TM) Allah, kita berusaha ke arah SKIM BERKAT paperless.
Bagi tujuan menyemak penyata, jadual kiraan zakat, muat turun borang bayaran zakat melalui potongan gaji, panduan bayaran bagi pencarum dan majikan, anda boleh layari di portal LZS yang kini khusus WEBPAGE khas Skim Berkat; www.e-zakat. com.my/skimberka t
Kepada majikan atau pemohon baru, kaedah online ini boleh digunakan dan sangat digalakkan.
Pihak LZS akan mengambil tindakan dan memaklumkan dari semasa ke semasa jika mendapat respond.
Mulakan bayaran zakat anda sekarang!
"DAPATKAN CENDERAHATI MENARIK DARI LZS BAGI SETIAP PEMBAYARAN ZAKAT"
Sebarang pertanyaan mengenai Skim Berkat sila Hubungi:
KETUA BAHAGIAN MAJIKAN
En. Azhar B. Yahya Arif
No.Tel : 019 3880 748
UNIT MAJIKAN SWASTA
EN. Mohd Syahril B. Zainol
No.Tel : 019 3880 582
UNIT KERAJAAN
EN. Mohd Hatta B. Zainol Abidin
No.Tel : 019 3880 573
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment