Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 22, 2009

Lahir Tanpa Kemaluan


Bayi berusia 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake perlu kekal sebagai lelaki berdasarkan keadaan fizikalnya yang lebih cenderung kepada lelaki kerana mempunyai buah zakar, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Beliau yang meneliti keadaan Muhammad Nabil di kediaman keluarga bayi itu di Batu 5, di sini semalam, berkata parasnya juga lebih menyamai lelaki, manakala dari segi genetik turut disahkan sebagai lelaki kerana mempunyai kromosom XY.

"Ini disokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan 70 peratus hormon bayi ini lelaki. Pada pandangan saya tidak wajar jantinanya ditukar kerana mungkin alat sulitnya perlu masa untuk tumbuh.

"Tindakan menukar jantina dilihat tidak kena pada masanya kerana bayi ini juga menunjukkan kecenderungan sebagai lelaki," katanya yang meluangkan masa hampir sejam di kediaman Muhammad Nabil sambil berbincang dengan bapa bayi itu, Rodzake Namis, 35, dan isteri, Zatul Bazamah, 26.

Media sebelum ini melaporkan kemusykilan Rodzake untuk menentukan jantina anaknya yang dilahirkan dengan hanya memiliki dua buah zakar tanpa alat kelamin, selain mengalami kekurangan fizikal iaitu tiada kelopak mata dan cuping telinga kiri, mempunyai sembilan jari tangan serta saluran pernafasan sempit.

Mengenai hukum, Juanda berkata, kes Muhammad Nabil berbeza dengan khunsa yang memiliki dua alat kelamin dan hanya dibenarkan memilih jantina apabila mereka mencapai usia baligh, bergantung sama ada datang haid atau keluar air mani.

"Islam melarang insan menukar jantina, apatah lagi dalam kes Muhammad Nabil yang dari segi genetiknya disahkan lelaki.

"Saya sedar kebimbangan ibu bapa bayi ini terutama mengenai masa depan anak mereka jika alat sulitnya tidak tumbuh.

"Saya nasihatkan mereka supaya kekalkan jantina Muhammad Nabil sebagai lelaki buat masa ini dan jika ujian semula DNA mengesahkan genetik perempuannya lebih dominan berbanding lelaki, barulah hasrat menukar jantina bayi itu difikirkan," katanya.

- BERITA HARIAN


BS: Takziah untuk adik Mohd Nabil.. Allah itu maha adil.. Esok bukan milik kita..

Alhamdulillah untuk sesiapa yg ada, walaupun x kawin2 lagi.. huhuhu...


1 comments:

Anonymous said...

a une serie de produits homologues ou isologues, viagra avis, et peuvent par consequent etre consideres comme, Tesorero se halla autorizado por la Sociedad para, cialis opiniones, Esta filosofia ha sido expresion ideologica y, In questo tratto le ife sono viagra, e tutto di colore cocciueo, stark mit flussigem Blute angefullt. tadalafil, Es ist der einzige Korper,