Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 6, 2009

Mat Sabu Di Tahan Polis Jam 3.15 Petang Tadi



IPOH [7.00 pm] - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada jam 3.15 petang hari ini selepas didapati cuba menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin kanan parti politik itu ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan."Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya.

1 comments:

BUJANG SUSAH said...

Cikgu bard pun kena tahan jugak...