Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 8, 2009

Solat Hajat, Jabatan Agama dan Polis Diperbodohkan


Ini berita malam tadi, aku petik dari blog Pemuda Besut, sila klik kesana untuk maklumat selanjutnya.

“JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP”

Jabatan Agama pun fobia jugak ke… dengan Solat Hajat ni…, setahu aku orang yang mengaku dirinya seorang islam sahaja akan fobia dan takut dengan Solat Hajat ni, macam kisah dikampung aku dulu… apabila orang yang dituduh mencuri mati hidup balik dia tak mengaku yang dia dah mencuri harta benda orang. Tapi bila kena gempar orang kampung akan buat solat hajat dan meminta Allah memberikan petunjukNYA… merapak orang tu datang menyembah minta maaf dan mengaku kesalahannya, hanya orang yang bersalah jer… akan berasa gerun bila diugut dengan Solat Hajat.

Mana lagi Jabatan dan Badan Kerajaan yang hendak diperbodohkan oleh kerajaan UBN Haram ni, silalah hulurkan tengkok dan hidung anda semua supaya mudah di cucuk dan di sorong kemana sahaja. Takutlah kepada Kera..jaan UBN haramjadah, sesungguhnya merekalah yang memberi rezeki kepada kamu semua. Selagi kamu semua menurut perintah mereka, selagi itulah kehidupan kamu semua terjamin dan mendapat limpah rahmat dari mereka… berbahagialah kamu di dunia ini.

Ini kerana kamu lebih takut kepada Kera…jaan UBN dalam menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kamu semua oleh ALLAH SWT.

Tauladannya anda klik saja di sini.

Dan hari ini pula selepas Mat Sabu dibebaskan, menurut peguam beliau Aminudin Zulkifli, mahkamah tidak berpuashati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat untuk menahan reman Mad Sabu. Klik sini

Alahai… mahkamah pun tak nampak atas alasan apa nak sabitkan kesalahan dan lanjutkan tahanan reman pada Mat Sabu, bukan ke... nampak sangat betapa bodohnya Polis yang di perbodohkan ni… buat malu pada masyarakat saja kerana adanya pegawai polis yang berperanan seperti anjing dan tak mengunakan akal untuk bertindak, tak tahu bezakan yang mana baik dan buruk, semuanya patuh taat setia membabi buta. (yang dimaksudkan seperti anjing kerana patuh membabi buta dan tak menggunakan akal kerana anjing binatang yana tak berakal, so... itulah tahap kebebalan polis di negara ini)

Memandangkan tangkapan Mat Sabu ada kaitannya dengan kes di Perak hari ini, aku tak nak cakap banyak berkenaan kejadian dalam Dewan DUN pasal terlalu meloyakan, cuma nak sentuh berkaitan kenyataan MB Haramjadah Perak dalam berita tadi yang mengatakan “pihak pembangkang bertindak biadap dan mengunakan undang-undang rimba”.

Ni aku nak tanya sikit pada MB Haramjadah ni…. siapa yang menggunakan undang-undang rimba, parti gerombolan yang haramjadahlah yang mempelopori undang-undang rimba ni, kenapa parti pembangkang pula yang menjadi mangsa. Celaka punya manusia la… si haramjadah yang bernama Zambry Pulau Pangkor ni. Kalau berselisih depan aku mau kena ludah mamat ni… sial tujuh keturunan punya manusia.

Kalau ikutkan logik kepala otak aku sepatutnya bukan setakat Zambry and the gang Haramjadah yang merampas kerajaan negeri Perak saja yang Celaka dan Sial, sepatutnya Anwar Ibrahim pun dalam kategori Celaka dan Sial juga, kerana dialah pelopor adegan lompat parti ni, sekarang idea dia dah makan diri dan menyebabkan kekecohan di Perak. Kemana berambusnya dia hari ini, tak dengar komen pun pasal kes Perak hari ni... dia yang mengajar orang melompat lepas tu dia pulak yang melalak... menyusahkan rakyat jer....

Isa: Hidup ini bukan selamanya akan menongkat langit, suatu hari nanti kawasan perkuburan juga yang menjadi tempat melepak buat sementara waktu, sambil menunggu hari pengadilan.

(CF - ISA)

0 comments: