Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 5, 2009

Anwar Yang Merancang Kematian 3 Wakil Rakyat BN dan PAS?


Oleh: pendikar gunung kriang

Begitu hebat sangatkah pemimpin PKR yang ramai orang mengkaguminya itu? Begitu berkuasa sangatkah seorang yang bernama Anwar Ibrahim itu hingga dapat menentukan hidup mati seseorang pemimpin di bumi Malaysia ini? Itulah antara persoalan yang melingkari fikiran saya selepas membaca artikel yang tersiar di dalam star online hari ini yang bertajuk, "Anwar Rancang 4 Hingga 5 Pilihanraya Kecil Lagi?". Baca artikel ini untuk mengetahuinya:

Di tengah-tengah tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'penggerak' beberapa pilihan raya kecil sejak Ogos lalu, penganalisis meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah, penganalisis berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Malah, Anwar yang juga Penasihat PKR dipercayai sudah mengambil langkah untuk membuka laluan bagi empat hingga lima pilihan raya kecil selepas ini. Pilihan raya kecil keenam membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bahagian Permatang Pauh, yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya, diadakan hujung bulan ini.

Menjelaskan perkara ini, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.

"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.

"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun DIRANCANG oleh Anwar.

"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Isnin lalu, Anwar mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR . Antara perubahan yang dilakukan adalah mewujudkan pasukan petugas yang dianggotai oleh semua Naib Presiden, diketuai Azmin Ali bagi memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Selain Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diberikan semula peranan penting, Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya pusat.

Sehubungan itu, Mustafa percaya Anwar MERANCANG untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selesa.

"Anwar hanya RANCANG (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.

"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.

Mustafa berkata, siri pilihan raya kecil itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah mengalami empat kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Anwar sengaja mengalihkan tumpuan Najib daripada menumpukan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat kerana sibuk dengan politik. Najib telah pun dapat baca strategi Anwar ini dan sebab itu, beliau berkata, BN mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti bulan depan," katanya.

Apa pendapat anda selepas membaca pandangan Professor UUM itu? Mengikut kata beliau, Anwar begitu hebat dan berkuasa sekali hingga boleh menentukan di mana pilihanraya kecil akan diadakan, menentukan cara bagaimana pilihanraya dilangsungkan dan menentukan hasil pilihan raya itu. Hebat Anwar, hebat sungguh dia!

Jika apa yang Professor Mustafa kata bahawa Anwar yang menentukan di mana pilihanraya akan diadakan, bermakna apa yang berlaku hingga menyebabkan lima pilihanraya kecil diadakan sebelum ini iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai serta pilihanraya kecil Penanti; semuanya berlaku bukan secara semulajadi. Pilihanraya-pilihanraya ini rupanya semuanya berlaku gara-gara idea Anwar.

Jika pilihanraya kecil Permatang Pauh berlaku atas idea Anwar, mungkin ada yang percaya. Tapi jika ada yang berkata pilihanraya di Bukit Selambau dan Penanti berlaku juga idea Anwar, pasti ada yang berbelah bagi untuk mempercayainya. Maknanya Anwarlah yang merancang kehidupan V.Arumugam bekas ADUN Bukit Selambau bagi memastikan dia menghadapi masalah moral dan akhirnya meletakkan jawatan? Maknanya juga, Anwarlah yang merancang kehidupan Firdaus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ADUN Penanti bagi memastikan ia dicekup oleh SPRM dan akhirnya meletakkan jawatan? Jadi apa yang berlaku kepada Arumugam dan Firdaus rupanya konspirasi terancang Anwar dengan bantuan agensi-agensi tertentu seperti SPRM dan SPR yang selalu dikecamnya itu? Jika begitu hebat sungguh Anwar!

Dan bagaimana pula dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai? Jika apa yang dikatakan professor Mustafa betul, bermakna Anwar juga merancang kekosongan kerusi-kerusi itu. Bermakna Anwarlah yang MERANCANG KEMATIAN ketiga-tiga penyandang kerusi tersebut yang kebetulan semuanya meninggal dunia kerana sakit jantung! Jika professor itu yakin dengan apa yang dikatakannya itu benar, beliau telah membuat satu tuduhan yang begitu serius terhadap Anwar kerana pemimpin pembangkang itu terlibat dengan kematian tiga orang Wakil Rakyat. Jahat sungguh rupanya orang yang bernama Anwar Ibrahim itu yang sanggup merancang kematian wakil rakyat BN dan PAS bagi memastikan agenda untuk memalukan kepimpinan BN tercapai.

Jika apa yang professor Mustafa katakan itu benar, memang Anwar sangat layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia bukan sahaja merupakan seorang PERANCANG yang hebat, tapi nampaknya sudah menyamai kuasa DEWA-DEWA sakti di zaman purba yang dapat menentukan hidup mati seseorang!

http://pendikargunung.blogspot.com/

2 comments:

Izzatul Azma said...

hehe
sinisnya entry ni :D

BUJANG SUSAH said...

ermm.. tau xpe dik..