Sejak jumaat, ramai yang tanya wak..! tak cukup dengan sms, calling-calling wak pun ramai. Benar ke ? Maaf wak tak ade idea nak jawab. Jika ada pun, wak tak berani nak cakap. Jika MSK pun tutup mulut, inikan pula wak. Mulut wak dibelakang mulut MSK. Itu kena ingat ! Tak boleh sebarang cakap, nanti yang seronok baca..depa, yang ke lokap kita ! So soal bubar atau tak, mohon sembah derhaka, wak tak ada idea. Tapi jika tanya hal lain, wak banyak idea nak cakap.
Kelmarin, dalam perjalanan jelajah hutan dan bandar, wak terima sms, suruh datang ke pejabat SUK jam 9 pagi ini. Ambil surat kebenaran masuk ke dewan Sidang DUN 7 Mei. Wakakaka.., kalau setakat nak ambil surat ajer, buang masa dan karan saja. Kerna sumpah wak cakap, lu sapa ? Jawabnya tak payah. Baik dok kat luar, tengok orang lagi bagus. Hangpa ingat depa nak bagi masuk ? Tak payah laa..so LIVE dari dalam dewan sorry, tak ada. LIVE dari tepi longkang , itu yer..memang boleh buat. Maka InsyaAllah, wak akan usahakan LIVE hanya dari tepi longkang SUK 7 Mei ini.
Kenapa dari tepi longkang ? Lagi nak tanya ! Demokrasi Perak memang dah dilongkangkan. Tak percaya, tanya Zamry. Apa pun memang banyak perkara 'terkejut' mungkin kita lihat pada tarikh tersebut. Harap sangat hujan. FRU pun dah susun jentera, water cannon pun dah diisikan air. Topi merah makin kuat kilatnya.
YB Pakatan Rakyat, jangan seronok sangat bila wak papar objek ini menyindir BN. Hangpa pun sama, 2 X 5. Tunggu objek wak yg lain, YB Pakatan hangpa sedialah tolong jawap pula. 3 hari wak sepi, wak sedang memerhati. Kami bongkar, kami papar ! Kerana kami blogger yang diupah dan ditaja oleh sekelian hamba rakyat Malaysia. Ingat ! Kini kami telah turun bagi memberi bahan bukti di setiap posting kami. Tolong jawab, jangan pulak hangpa semua lari !
3 comments:
tulisan yang menarik. seronok baca. keep it up
Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.
Bro rahman.. x tumbuh x melata x sungguh org x kata..
Post a Comment