Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 13, 2011

AJARAN SESAT JAKIM?

بسم الله الرحمن الرحيم



YAN, 11 sept: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memantau serta membanteras Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang dipercayai kini kembali aktif di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim akan memantau perkembangan ajaran sesat itu bagi membolehkan tindakan secara kolektif dapat diambil bagi menyekat aktiviti itu dari merebak ke seluruh negara.

Beliau mengulas laporan media mengenai Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang disahkan menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998 dikesan kembali aktif.

Laporan berkenaan mengatakan ajaran sesat itu telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang Rawang yang diketuai menantu kepada orang kanan Hassan terbabit.

Jamil Khir berkata berdasarkan maklumat awal yang diterimanya daripada Jais, terdapat tanda menunjukkan bahawa ada dua kelompok ingin menghidupkan kembali ajaran berkenaan dan Jais sedang giat menjalankan siasatan terperinci. - BERNAMA

Note: Tengok ni boleh pulak jakim "memantau dan membenteras" Ajaran ilmu sesat.. kikikiki.. ooo bila memo yg nak diserahkan tu dari pihak NGO (jingga 13) yang pro pada pembangkang jakim jangan kata nak membenteras, terima dan teliti memo pun langsung xnak.. Memo pun x baca lagi jakim dah kata bukan bidang kuasa.. kikiki.. bila bukan dari pro pembangkang boleh plak jakim "memantau dan membenteras" ek.. kikikiki...

Note: Jakim ke sebenarnya yang sesat? kikikiki

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

oitqo said...

ini lah akibatnya orang yang tak layak diberi tanggungjawab dalam urusan agama.

Anonymous said...

Seorang Arab Badawi bertanya Rasulullah s.a.w.: Bila berlakunya Qiamat? Sabda Nabi: Apabila diabaikan amanah maka tunggulah Qiamat. Dia bertanya lagi: Bagaimana amanah itu diabaikan? Maka Baginda berkata: Apabila diletakkan (diserahkan) sesuatu urusan kepada yang bukan pakarnya maka tunggulah Qiamat. (Riwayat Al-Bukhari)

Anonymous said...

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.