بسم الله الرحمن الرحيم
Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari
Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.
Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan.
Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
4 comments:
Salam,
Hmmm....saya memang sangat2 setuju!
Memang sekarang dah ramai sangat orang luar kat negara kita. Kadang2 rasa macam, 'eh, ni betul ke kat malaysia nih?'. Yang paling banyak saya nampak orang indon.
Saya sebenarnya memang sangat2 tak bekenan dengan orang indon ni, dan juga pendatang asing yang lain. Sekarang kalau tengok kes2 jenayah yang belaku, banyak melibatkan pendatang asing, tambah2 indon. Ada antara kawan saya yang hampir2 melayang nyawa sebab mereka ni. Kalau jalan kat luar tu, memang rasa tak selamat. Macam2 yang diorang boleh buat. Bila dengar cerita dari kawan yang pernah kena, lagilah rasa takut.
Kadang2 memang rasa geram sangat dengan orang indon nih. Sudahlah ramai orang indon yang konon-kononnya datang cari rezeki kat negara tercinta kita, tapi depa jugak yang dok mengata kat kita, malingsia lah, apa lah.
Saya harap sangat2 yang depa boleh kurangkan bilangan pendatang asing kat negara kita. Rasa macam bukan duduk dalam malaysia dah.
Sekian.
Blog yang best! Tebaik!
(sejujurnya SAYA MEMANG ANTI-INDONESIA)
Kalau orang indon... kita nampak kan... cepat nak hantar balik... (bab bagi kerakyatan memang aku tak sokong langsung..) tapi.. cina.. india.. kita tak perasan pun diorang tu pendatang kan.. sbb muke same jer... sampai dah ade tanah sendiri kat tanah melayu... ade kite nak hantar diorang balik...
Cina dan India asalnya datang bekerja juga di Tanah MElayu, kemudian selepas perang dunia ke 2 mereka didaftarkan sebagai rakyat tempatan.
Kaum cina dan india berperanan memajukan tanah melayu semasa sejak era pemerintahan british lagi, sekarang ni pun mereka juga berperanan penting dalam memajukan ekonomi malaysia.
Tidak wajar menghantar pulang kaum cina dan india kerana akan menjejaskan nama negara di mata dunia sebagai negara yang paling rasis sebaris denga israel.. lagipun jika tinggal melayu jer di malaysia ni saya rasa negara jadi 'lemau' dan tak bermaya...
harap maaf jika ada tersinggung.
dulu orang cina dan india didaftarkan sebagai rakyat malingsia TAPI sekarang orang indon pon jd rakyat malingsia juga .. lepas ni tak tau sapa plak nak di 1malingsia kan
Post a Comment