Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 17, 2011

RAKYAT BUKTI TAK BUTA UNDANG-UNDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersih 2.0:Ahli Pas fail saman ke atas Hishammuddin, tiga yang lain



Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa “tidak sah.”

Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.

Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.

Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis “Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.

Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil.

Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.

Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.

Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya.

“Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula.

Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama.

“Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami,” katanya.

Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu.

Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. -M'insider


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Amuraria said...

DEMI MENURUT PERINTAH PANDI KUTTY POLIS RELA MERANDUK UNDANG-UNDANG !

Anonymous said...

aku minta pm dan gengnya lepas ni beri pewarna dalam makanan dan minuman..sbb rakyat dah pobia takut..nanti bila berak kena tangkap..haram sbb berak tahinya kuning...

Miecyber said...

Berani kerana benar