Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 26, 2011

PEMUDA WP LANCAR UNIT PELAWAK SIBER

بسم الله الرحمن الرحيم



Berita Harian 18 Julai2011 : KUALA LUMPUR: Unit Media Baru, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melancarkan jentera siber bagi memerangi fitnah pembangkang di alam maya menerusi laman twiter, facebook dan blog.

Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata program itu dilancarkan bertujuan menyediakan jentera untuk berperang di alam maya bagi menolak propaganda negatif pihak pembangkang.

"Dengan kewujudan pelbagai bentuk fitnah di alam siber, jentera siber dapat menerangkan kepada rakyat hal yang sebenar menerusi pelbagai saluran di internet," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jentera Siber Pemuda Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, di Hotel Putera di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh berkata, program jentera siber itu membabitkan 84 peserta yang terdiri daripada penulis blog dan setiap Pemuda UMNO bahagian memiliki blog sendiri.

Katanya, Unit Media Baru ini sudah dilancarkan di enam negeri iaitu Melaka, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

Note: Kah kah kah kah.. menerangkan kepada rakyat hal yang sebenar? kah kah kah kah.. lawak..lawak... aku nak tanya ni.. kenapa rosmah tak tau nak tutup aurat.. boleh tolong terangkan tak pada aku? aku nak tau hal yang sebenar ni.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Miecyber said...

Mungkinkah mereka akan berjaya ?

Puteri said...

hahahha bagi penerangan dekat bigmama dulu lah!