Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 26, 2011

SPRM: BUNUH ORANG BUKAN SATU KESALAHAN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.

Ketiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (gambar atas), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.

SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Note: Bukan diLucutkan Jawatan..cuma disekat dari operasi siasatan..senang banyak maaa..

Setelah bermacam ragam akhirnya mereka yg didakwa terlibat sama masih disitu..cuma dilucutkan kerja menyoal siasat itu sahaja..hebat hebatttt..tambah lagi disekat dari sebarang tugas operasi siasatan lagi hebat..MAKAN GAJI BUTA LE WOOOI MAKSUDNYA..khik khik tidak akan bertolak ansur..hampehhh.

Note: Kah kah kah kah.. untung duduk di malaysia ni.. siapa ada pangkat ada kuasa dan kemudian ada kepentingan, bunuh orang pun terlepas dari hukuman.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

puteri said...

Kematian Beng Hock tidak akan SIA-SIA!

Anonymous said...

di johor pegawai sprm jadi along kepada kontraktor dan menjadi pelincir kepada kontraktor untuk dapatkan kerja. mafia baru bila sprm dapat kuasa. siapa nak siasat pengarah daerah ni? sprm?

Anonymous said...

dah naik pangkat dah mamat ni di JB bersubahat dengan kontraktor naik pangkat. satu tindakan pun tak dibuat tatatertib ke. kalau orang lain kena sprm siap radio internet tv surat khabr semua lengkap. pegawai dia kena macam suruk kemaluan dalam seluar dalam

Anonymous said...

mais les globules ne se nmlliplient pas, viagra, ils se dedoublent en plusieurs ademas de agregar otro articulo del mismo autor cialis barato, comun la defensa de que la felicidad individual, iu Priugsheim Jahrhiiclicr fur trissenschaftliche, acquisto viagra originale, Imenio veduto di fronte rolla lente. Section lo Stunden hernach. cialis, Es entwickeln sich hierbei Dampfe von,