Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, September 23, 2010

MELAYU SEMAKIN BODOH KERANA UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

DARI PEMBACA



Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.

Mampus lah kita macam ni...

http://expet.blogspot.com/



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

fadzil said...

salam..marilah kita sama2 menegakkan Agama Allah dgn penuh rasa tanggungjawab..ingatlah mereka yg brbuat doasa itu adalah ujian bg kita oleh Allah..gunakan bahasa yg baik sprti Rasulullah mengajar kita..bukankah kita mengajak meraka ikut mengikut sunah Rasulullah...kalau kita kasar mereka akan lari..kita juga kan menanggung dosa...tanamkan sifat mahmudah ketika berdakwah..jgn dibuka keaiban diri org lain..malulah dengn Allah kerana pada hakikatnya mereka diturunkan oleh Allah utk memberi mpeluang kita berdakwah..wallahualam..

fadzil said...

salam..marilah kita sama2 menegakkan Agama Allah dgn penuh rasa tanggungjawab..ingatlah mereka yg brbuat doasa itu adalah ujian bg kita oleh Allah..gunakan bahasa yg baik sprti Rasulullah mengajar kita..bukankah kita mengajak meraka ikut mengikut sunah Rasulullah...kalau kita kasar mereka akan lari..kita juga kan menanggung dosa...tanamkan sifat mahmudah ketika berdakwah..jgn dibuka keaiban diri org lain..malulah dengn Allah kerana pada hakikatnya mereka diturunkan oleh Allah utk memberi mpeluang kita berdakwah..wallahualam..

Anonymous said...

Adik aku pernah jadi guru Kemahiran Hidup 1990an...di maki dan dihamun oleh Pegawai Pelajaran dari Lembaga Peperiksaan...kenapa GAGALkan ramai murid yang memang TAK CAPAI TAHAP lulus pun..dalam ujian kemahiran pertukangan kayu dan logam..PMR..

Adik aku begitu MALU..kerana dimaki hamun dalam mesyuarat pelarasan markah..ramai guru lain dari satu daerah hadir..

Tahun BERIKUTnya..adik aku..mulalah buat KERJA MENIPU..yang patut dapat
markah B pinda jadi A..begitulah sterusnya..yang E gagal dibagi D LULUS jugak..arah pegawai meLAYU gila tuh..maka 100 peratuslah LULUS..Pengetua pun senyum KOYAK MULUT...

Anonymous said...

hahahahaa...
betul, wa ni cekgu,
time wa wat soklan sume senang2,
knape?
tekanan org atasan, buat lebih2 kang sume kantoi, yg kene waaaaaaaaa gak, sebab buat soklan susah.
aku sekadar buat paper exam kat skola je, blom tahap tinggi.
nak slesaikan mende ni senang je, bagi aku setiap kali exam mid/final year, JPN/PPD sediakan soklan, keje aku pon senang n aku hanya perlu fokus dgn mengajar je... so kalu bbudak kantoi, bole la salahkan aku yg x ngajar.
ape nak takut kalu kite btul2 mengajar dlm kelas, dgn cara ni la guru2 dpt dipantau.
mekaseh! hidup pakatan!