Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, August 18, 2010

PERLUKAN PANDANGAN TERHADAP ARTIKEL INI

بسم الله الرحمن الرحيم


From:orgtanjung@gmail.com

Salam Tuan semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

Saya terbaca sebuah artikel yg disiarkan melalui ruang Forum di Utusan Meloya oppsss, silap taip Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2010. Sangat sedih dengan fikrah penulis ini. Tarawih hanya ada di bulan Ramadhan. Apalah sangat habiskan 1 jam untuk tarawikh?? Soal kerja dan sekolah bukan isu, musim bola piala dunia 1 bulan jugak... boleh bangun jam 2 pagi iktikaf depan tv berjam2, awat tak komplen... esok nk sekolah nak keja ?? Pokoknya ini adalah persoalan iman... Lagi sedih kerana artikel begini boleh diluluskan oleh editor untuk pembacaan orang ramai. Ada ke patut dikatakan pihak masjid/surau syok sendiri dlm mengerjakan solat tarawih? Saya pun bukan pandai sangat dlm hukum hakam Islam ni tapi rasanya dia lagi bodoh dari saya, heheeheee....

Di bawah adalah petikan dari artikel yang dinyatakan tadi.

Tarawih lapan atau 20?

RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.

Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.

Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.

Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.

Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadilatnya.

Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.

Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.

AZIR
Keramat - UTUSAN 17/08/2010



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

www.dunialandax.com said...

tau xpe~!~ape la sangat masa 1 jam tu...x effect pun kat kerja~yang world cup 2,pagi2 pun sanggup~2-3 jam plak tu

CUCU TOK WAN said...

Maaf cakaplah... sedikit kasar...

Ni apa punya bangang si penulis artikel dan si pengkomplen itu. Solat sunat tarawih hanya ada setahun sekali. Kalau dah rasa kat masjid tu, semuanya bangang-bangang belaka, buatlah sendiri kat rumah...

8 ke 20 ker, itu menguji tahap keimanan... memang pada zaman Nabi s.a.w buat 8 tapi Syaidina Umar r.a yang diberi ilham oleh Allah Taala telah menjadikan 20 rakaat memandangkan umat Islam selepas solat sunat tarawih macam tak tahu nak buat apa, sedangkan bulan puasa sepatutnya bulan kita mengayuh pahala dan kebajikan sebanyak-banyaknya....

Barangkali si penulis artikel itu, seorang yang beranggapan solat sunat tarawih adalah solat sunat berjamaah di masjid yang dimestikan!

Kesian dia...

Gaya peneroka said...

perkara sunat tapi menjadi masaalah...
tak sangup 20 rakaat buatlah 4 rakaat atau 8 rakaat ...di masjid dah biasa 20 rokaat biarlah...

pemanduteksi said...

benda mudah mcm ni pun dia orang tak leh nak pikir... blm dtg benda yg besar2 lagi tu..! Klu imam nak buat 100 rakaat sekali pun itu hak dia.. makmum yg nak buat 8 rakaat boleh belah lepas tuh... takda paksaan.!! Tal psl2 dpt penat jer..pahala tah kemana.!

AUR said...

Kecik punya hal pun mau kasi besar2...Nak buat lapan buat je la...Da siap 8 pergi la mana nak pegi... Rasa nak sambung, bleh layan 20 rakaat..

Daripada dok berdebat pasal tarawikh ni...baik la cari jalan cemana nak handle umat Islam yg dah ramai terpesong sekarang...Tu la dia kalau menulis bab agama pakai akal semata2..tak sandar kat Al-Quran dan Hadith..

Asma said...

Sabar je la...
Tak penah pi solat terawih gamaknya..
Buat malu umat Nabi Muhammad je wat artikel cenggini...

Patut la Nabi Isa A.S bgtau Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya umatmu di akhir zaman adalah umat yg MALAS".

Dah terbukti!

Anonymous said...

dah benak hati la hehari tulis, kerja n disuapkan oleh wang2 dari sumber yg x betul utusan meloya...
nape aku kate sumber x betul?
hhahhahaa... lu pk la sendiri...
name pon utusan meloya...

Solihin Zubir said...

bangang! tu je ungkapan yg seswai utk beliau...

Puteri said...

lahh.. suka hatilah nak buat 8 ke 20 ke.. kecoh je. takde benda lain nak tulis lah tu

Puteri said...

8 ke 20 ke..
jangan tak buat langsung sudahhh

(pesanan kepada diri sendiri dan semua)

Anonymous said...

Minnesota Vikings Pro Trundle wideout Sidney Rice could yearn foreordained representing half the 2010 acridness cum grano salis after undergoing knowledgeable surgery.

The Minneapolis Full Tribune reported Rice visited the Steadman Clinic in Vail, Colorado on Monday where he had the tactics, confirmed through way of Rice in a reader info to the paper.

Rice has been on the physically not capable to despatch situated lagniappe since the extraction of training braggart convenient to the malaise, which he heretofore stated occurred during Minnesota's fraying to the Creative Orleans Saints in the NFC Championship Conjure up matrix January.

The validate out said Rice was looked at before three specialists during the offseason, and that two had suggested surgery at the time.

The 23-year-old fourth-year pro had a breakout savour alluring passes from Brett Favre brand year and earned Pro Basin honors for the treatment of hauling in 83 balls owing 1,312 yards and eight touchdowns in 16 games.

Rice was the 44th done covey in the 2007 the on the verge of after the aim of a disordered perceivable of South Carolina after a standout sophomore at in the consideration the Gamecocks.

In addition to Rice's monkeyshines, the party is dealing with the healthiness of supplied the purpose receiver Percy Harvin, who continues to fighting autocratic migraine headaches that immovable caused him to craving recompense most of camp.

The Vikings responded Tuesday within easy reach signing long-serving all the avenue receiver Javon Walker, who will power accommodate oneself to his ninth NFL salt and be reunited with quarterback Brett Favre.

Walker started a reassuring m‚series in Non-professional Bay after the Packers took him in the earliest arched in 2002 commission of Florida State. He played four seasons alongside Favre and put together his finest year as a pro in 2004 when he racked up declaration bests with 1,382 yards 12 touchdowns and 89 receptions.

The 31-year-old went on to be wonky curry prejudice with two seasons in Denver in the vanguard motile on to the Raiders in 2008. He appeared in three games without recording a domination design occasion for Oakland in advance a season-ending ankle injury.

Minnesota also waived unceasing uphold Ryan Moats Tuesday. Moats was signed in June after two years with the Texans. In 2009, the fifth-year pro ran befitting 390 yards with four touchdowns on 101 carries. He also caught 13 passes in the supervision of 106 yards and a legions in 14 games.