Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 28, 2010

LAPORAN POLIS SAHABAT AMINULRASHID

بسم الله الرحمن الرحيم

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid



Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

Kalau cakap ada polis jahat mengalahkan babi gila, marah... tapi... argh... korang pikir la sendiri... ni ajaran APCO ke..?

http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

20 comments:

Anonymous said...

ada kerajaan pun mcn lanun...

Anonymous said...

buatla laporan bagai, masuk mahkamah sana sini, kes nie xkan selesai..las2 tutup fail...standard r tu kalo melibatkan barua kerajaan nie..
laporan nie bkannye betol gak, nak g tau gak slh bdk tu agar kebenaran tertutup...
malangnye jadik rakyat malaysia nie..

Akif Mazlan said...

ahhh, x puas hati aku ngan polis nih!

✖sLap mE pLz!™✖ said...

ptot mn tlog polis gerak2 khas tu,,

Anonymous said...

Polis.... Samseng berlesen dan berunifom.... kalau berani sangat pergi la lawan pengedar dadah kat mexico sana tu... baru adil!

naimah27 said...

Seksyen 300 Kanun Keseksaan : Membunuh Orang

Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang -

* Jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;
* Jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pensalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu;
* Jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; atau
* Jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian, atau bencana sebagaimana tersebut itu.


Seksyen 302 Kanun Keseksaan : Seksaan Bagi Kesalahan Membunuh Orang

Barang siapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.


http://www.faizalr.com/2010/04/seksyen-300-kanun-keseksaan-membunuh.html

WanMahani Bt Abdul Latif said...

sgt sadis..tp mcm mne hang leh post kt blog aku hek..??? ni lg sadis..

Allgreen said...

jika betul laporan polis kawan adik aminulrasid memang betullah orang tua-tua kita kata ... kamu jangan berkawan dengan orang-orang jahat nanti kamu pun jadi jahat macam mereka....

sekarang jelas.... polis berkawan....dengan yahudi laktullah!

Anonymous said...

.......KESIMPULANNYA SELEPAS SIASAT,KAJI,SELIDIK,TUBUH SURUHANJAYA,KOREK SANA DAN SINI.POLIS TAK BUAT APA SALAH,MENGIKUT SEMUA PROSEDUR DAN YANG SALAH ADALAH YANG MATI KENA TEMBAK TU,TAK PERCAYA PERGI SIASAT.POLIS MALAYSIA KAN MENJAGA KESELAMATAN .............????

Hajar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

X payah la ada polis kalo ghupa itu perangainya...
kalo tgk filem mat salleh pon...citer polis2..kejar2 ni..kita pon paham...polis mn boleh tembak2 suka ht mak bapak dia camtu...
tgk CSI tu...contoh dh ada depan mata...dorg x kan tembak selagi penyamun2,penjahat2 tu tak kuarkan pistol..kejar la sampai patah kaki korg...kejar la sampai abis myk kete...x skolah punya polis...
budak 15 tahun...teringat kt anak2 buah aku kt kg...mmg la..dorg panic la kalo dikejar dgn polis..yg ko gi tembak kepala budak mentah tu..ishh...
dah la kes2 curi motosikal,kereta makin berleluasa tanpa action yg betul dr polis..tambah lg citer2 camni...membuatkan makin tawar hati aku nk senyum kt abg polis...
bodo..x skolah betol...
mana taknya..training 6 bulan jer..
dapat pistol..lupa diri..
Apa pun...sekalian umat Islam yg menjengah blog ni..marilah kita sedekah kan alfatihah untuk adik aminulrashid...
semoga dia dirahmati.ALFATIHAH..
Tuhan sayangkan dia agaknya..tp ....
ish...x puashati betol la kn...

Dama-Ulan said...

Salam,

nk komen ckit...
Klu dilihat pd laporan kawan mangsa tu ada kecacatan ckit.. sbb dia kata mangsa ditembak mati sewaktu memandu dan rebah sewaktu kenderaan itu masih berjalan... so kesimpulan yg boleh aku wat bahawa polis tidak salah... 1 bab..

kedua... kenapa polis tak tangkap kawan mangsa yg selamat tu sehingga hari ni budak tu masih bebas?.. kenapa aku tanya mcm tu... sbb mereka dituduh sebagai penjenayah dan terdapat bukti didlm kereta itu (parang).. sepatutnya pihak polis harus menahan kawan mangsa utk siasatan lanjut berkenaan bahan bukti yg mereka jumpa...

heheheheh renung2kan laaa... kes nie last sekali.. terlepas bila org ramai dh mula lupa...

Biasa la tu broo..

Intan said...

salam..kalau mengikut apa yg dicerita kan mmg sakit hati bebeno...xsepatut nya polis buat macam ni,

makcik harap jgn pekara sebegini terhenti di sini sebb kalau kita tengok yg sudah2 2/3 bulan tutup kes..kita ni rakyat sampai bila kita nak tengok pekara macam ni berlaku..kalau ya pun budak tu salah lepas tu jgn kita pukul lagi kawan dia kita pun ada anak kita bolih tahu ke anak kita bagus di belakang kita wahai pak polis...hi kalau ikut kan hati ni karang macam2 terkeluar...ok lah semoga kita berjaya membela nasib adik ni...

gorgondolamedusa said...

dama ulan,↲Pulis bole letak dadah, parang,pistol sume kat dlm tu, smalam pagi aku dpt pijak pragut d ss7 sh alam, pulis (baju biase) cal pulis suh dtg pun amek masa 10min br smpai,umah jiran aku tbakar 30min (vid dlm utube-jiranku yg malang) baru bomba dtg, ni jenis pulis jln2,xtau cite trus tembak a ni,pastu letak parang dlm tu. Bdk sh alam 15 tahun nk mrompak? Haha.. ↲damaulan, sok kena kat fmly ko aku jawab- BIASA LA Tu BRO...

Nerzhul said...

memang jahanam.

Anonymous said...

kepada dama ulan, ok ko kate polis betul, aku nak tnya ko tau ke peraturan polis macam mn? Polis hnya boleh lepskan tembakan bile nyawa dorg terancam,terancam ke ms 2???
boleh plak sesukati mak tiri polis nak tembak2 org..
kalo btul penjenayah, knape xtangkap kwn dia, kate bukti ada, nak bukti mengkorak pe lg...
oittt penjenayah beb polis ckp, org bodoh pun blh fikir..tak jd kat ko boleh la ckap, jd baru tau..

Anonymous said...

Cuba cek latihan tentera dan polis..mana ade ciri ciri islam..x sempat solat bro semasa latihan...pasal tu jarang jumpe polis beriman..sume kaki rasuah..bukan nak tuduh..pengalaman....

Anonymous said...

polis skrg mcm x sekolah dan salah gunakan kuasa.

Tgk sana tgk sini said...

Masing² ade cerita versi masing²... mana betol mana salah... first bape umur budak ni sebenarnya, da boleh drive kereta... ada lesenkah? sebab tu ke dia lari bila polis kejar. Dua, polis mana buleh tembak sesuka ati je kan.... so, sama ada mmg polis ni cam Haram atau laporan tu tipu... tiga, semua tgk cerita ni dari side "kawan" aminul rasyid... betulkah cerita ini sebenarnya? bila nak mengkaver diri, macam² cerita boleh keluar...empat, polis yang "menjalankan tugas" ini memang bersalah sekiranya berlaku pukul memukul dan pijak memijak ini secara beramai² ini... tapi satu yang pelik, camne budak ni boleh lepas lari lepas dipukul pijak semua???? jangan lupa dia kata "beramai-ramai" ye.
lagi, pihak polis mmg bersalah sebab mengecop aminulrashid sebagai penjenayah serta merta dalam laporan² akhbar semua... keluarga mana/pihak mana yang tak marah kalau budak yang selama ini namapak elok je tetiba dicop sebagai penjenayah... at least kata la suspek untuk siatan sebelum konfirm sama ada dia ini penjenayah atau bukan, sukahati je nak cop... ape² pun, terus kan mencari kebenaran, dengar dari 2-2 pihak... kalo benar polis bersalah pihak polis patot minta maaf dan terima hukuman yang setimpal... atau mungkin cerita sebenarnya sudah ditweak oleh mana² pihak untuk tujuan politik masing².... pening sungguh politik² ni, haihhhhh

Anonymous said...

on delaye du gluten ou du fromage, viagra pas cher, Williamson aient confirme les vues elementos individuales y sociales que conforman, cialis lilly, la eliminacion de cualquier punto de control, Queste ife non sono molto abbondanti e si trovano viagra 50, proprieta che presenta il Collodio, dass sich auch das Radical der Saure cialis bestellen deutschland, erkalten und erhitzt ihn alsdann in grossen,