Kes Tembak AMINULRASHID: Mudahnya Tindakan yang Diambil...Pang, Pang, Pang?
(Jenazah dibawa keluar - Gambar HM)
Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.
Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan. Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.
Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?
Saya berkongsi pendapat dengan orang lain bahawa arwah mungkin panik kerana tidak memiliki lesen memandu. Oleh sebab takut, dia memecut kereta dengan laju untuk pulang ke rumahnya. Itu hanyalah andaian. Biar apa-apapun, 1Malaysia mengharapkan siasatan telus dibuat untuk menyelesaikan kes ini.
Sampai ke pejabat, saya membaca laporan kes yang sama di Utusan Malaysia: (Sila perhatikan ayat yang dimerahkan ketika membaca beberapa siri laporan berita tentang kes ini.)
Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Bandingkan pula dengan laporan Harian Metro:
'Adik Bukan Penjenayah'
KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...
Harakah Daily:
Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.
- http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/04/aminurashid-mudahnya-tindakan-yang.html
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
47 comments:
hanya ALLAH sahaja yg tahu kebenarannya ..
sobs sobs. innalillah~
Apa yg pasti,kat dunia ni diorang boleh tipu-tipu...kat akhirat nanti,tunggula balasanNya
beginlah jadi nya bila kuasa yang diberikan berlebihan dan bila banyak kesilapan di tutup....nyawa sudah tidak berharga lagi....mereka yg terlibat sepatutnya digatung dari tugas sehingga siasatan selesai...
semoga arwah terbela di sana..
dan satu hari nanti kita rakyat malaysia akan keluar dari penindasan dan kezaliman ini..insya-ALLAH
Takziah pd keluarga adik Aminulrashid..dah melibatkan barua2 kerajaan nie jgn harap kebenaran akan menang, same cam kes Teoh, sampai skarang tak settle..
Malaysia akan still cam nie coz nie adlh salah satu tanda kiamat, pemimpin dikalangan jenayah...
Ya Allah Engkau turunkanlah bala yg maha hebat pada Najib tu..
Percayalah kes ini sukar diselesaikan secara siasatan polis dan undang-undang kerana mereka yang kawal undang-undang dan mahkamah.Puak polis makin berlagak kerana kerajaan BN manjakan mereka dengan berbagai kemudahan dan sokongan(walaupun tak betul)
kes ni x kan kemana2...
polis raja di malaysia...
opps...
polis di raja malaysia
kalo orang pun boleh di bom dengan c4 oleh polis2 malaysia, maka apalah sangat dengan tembak2 ittew...
Nak buatt macam mana bro! negara ni kan negara polis, semua benda polis dh kontrol, kementerian lain dah x ada kuasa lagi dah..
p/s: tiap2 tahun gaji naik,kena jaga polis woo., XD
maknanya budak tu memang tak bawa parang kan? so, maknanya kita boleh jump into conclusion that semua kes tembak sampai mati ketika pandu kenderaan, yang kemudiannya ditemui pistol, parang dan dadah adalah berniat jahat dan palsu??
Polis Raja di Malaysia perlu dibersihkan segera agar tiada lagi kes pembunuhan terancang.
biar masa tentukan sume.
buy tramadol online tramadol klonopin - buy tramadol rx online
generic xanax 2mg xanax price per pill - what is xanax prescribed for
cheap tramadol can tramadol overdose do you - tramadol online no prescription mastercard
buy tramadol online tramadol 100mg modified release - tramadol high bluelight
buy tramadol online buy tramadol online with cod - order tramadol no prescription overnight
buy tramadol online tramadol withdrawal two weeks - can you buy tramadol legally online
cheapest xanax drug interactions xanax vicodin - what are the effects of the drug xanax on the cns
generic xanax generic xanax orange pill - does xanax overdose look like
can i buy xanax online xanax wedding anxiety - xanax pills with alcohol
buy carisoprodol listaflex carisoprodol 350 mg para sirve - soma carisoprodol effects
alprazolam price buy xanax online pharmacy - xanax more drug_side_effects
alprazolam mg xanax zoloft and alcohol - xanax side effects constipation
xanax online generic name of xanax - xanax side effects in elderly
cialis pills buy cialis online overnight - buy real cialis cheap
buy generic cialis online no prescription generic cialis no prescription needed - cialis online overnight shipping
buy cialis online safely buy cialis online free shipping - buy cialis online eu
xanax online drug interactions xanax ultram - alprazolam 0.5 mg and alcohol
buy cialis online canadian pharmacy cialis daily - cialis online safe
cialis online cialis daily sample - cialis online discreet
buy tramadol tramadol dosage to get high - ic tramadol hcl 50 mg side effects
buy tramadol next day tramadol 50mg how many to take - tramadol high mg
http://landvoicelearning.com/#51602 normal dosage tramadol hcl - tramadol vs hydrocodone addiction
buy tramadol online tramadol 50mg dosage dogs - can you buy tramadol usa
buy tramadol tramadol for dogs taken by humans - tramadol clorhidrato 100mg ml gotas
http://landvoicelearning.com/#51438 buy tramadol online usa cheap - what is tramadol ultram
buy tramadol no prescription overnight buy tramadol online no prescription mastercard - buy tramadol pay with mastercard
buy tramadol buy tramadol echeck - tramadol 325 mg high
buy tramadol online tramadol for dogs cost - tramadol and ultram recovery room
http://buytramadolonlinecool.com/#63102 tramadol no prescription overnight cod delivery - legal buy tramadol online us
can you buy tramadol online legally tramadol hcl 50 mg 627 - tramadol vs norco
http://blog.dawn.com/dblog/buy/#about-us buy viagra tramadol - tramadol addiction
ativan drug ativan street use - ativan versus xanax dosage
http://staam.org/#10699 buy tramadol online usa - buy tramadol online mastercard
xanax generic xanax breastfeeding - xanax side effects long term
http://www.achildsplace.org/banners/tramadolonline/#9904 order tramadol online - buy tramadol cheap online
Post a Comment